About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Saturday, 6 November 2010

Aduhai Anak Muridku Sayang

Salam.

Dalam minggu ni, sedang saya sibuk mentelaah untuk peperiksaan akhir yang berlangsung sehingga 12 Novemver ini, ada dua orang bekas murid saya menanyakan khabar saya. Seorang ni bertanya sebab saya sudah lama tidak menjenguk mereka di sekolah dan yang seorang lagi juga menanyakan hal yang sama dan sedikit kemusykilan mengenai isu da'wah.

Subhanallah, dalam hati, 'Ingat jugak ya korang semua kat cikgu!" Tiba-tiba rasa bersalah menyerang diri. Bukan diri ini tidak mahu melihat kalian. Cuma, cikgu benar-benar sibuk dan susah ingin berjalan ke sekolah melihat anak-anak murid cikgu semua, seperti yang biasa cikgu buat.

Perbualan pertama

Seorang anak murid perempuan saya, as-Syifa, menegur saya di laman Facebook.

"Salam, cikgu Hazimah."

Dia menegur saya di Facebook, kemudian saya membalas.

"Ye, dik? Apa khabar?"

"Nape cikgu dah lama tak datang sekolah?" Alahai, sayu hati saya ketika membaca soalannya ini. Mungkin memang benar mereka merindukan keberadaan saya di sekolah al-Amin yang tercinta.

"Cikgu tengah exam, sayang. So, agak busy sikit. Sorry." Tidak ada apa yang saya boleh katakan melainkan dengan mengucapkan kata 'maaf.'

"Bila cikgu habis exam?"

"12 haribulan. Tak apa, insya Allah nanti bila-bila kita jumpa lagi, ok?"

Kemudian, dia terus menyepi. Tidak membalas kirimanku. 'Merajuk ke budak ni?' Saya jadi tertanya-tanya.

Semoga suatu hari nanti saya berpeluang berjumpa dengan anak-anak murid saya ni. Insya Allah, dengan izin-Nya.

Perbualan kedua

Malam tadi, sedang saya asyik meng'update' blog, tiba-tiba mendapat kiriman SMS, juga dari salah seorang anak murid saya. Talhah, namanya. Untuk pengetahuan semua, Talhah ni merupakan murid saya yang pertama beramah mesra dengan saya semasa saya mula-mula bertugas sebagai guru sementara di al-Amin dulu dan kami banyak berkongsi cerita dan pengalaman. Senang cerita, dia memang seorang yang ramah dan mudah mendekati guru-guru.

Talhah: Salam cikgu, saya ganggu cikgu ke?

Saya: W'salam. Eh, taklah Talhah. Talhah sihat?

Talhah: Insya-Allah, sihat. Cikgu macam mana? Ok ke?

Saya: Cikgu? Alhamdulillah. Ok :) Cane PMR? 9As? (dalam hati, saya medoakan)

Talhah: Insya-Allah, 9A PMR, MUMTAZ PMRI. Cikgu kat mana?

Dipendekkan cerita, saya bertanya Talhah perihal guru kelas mereka, Cikgu Hadijah. Talhah beritahu saya yang Cikgu Dijah sudah lama berhenti dari al-Amin. Tapi, Talhah meluahkan rasa kecewanya pada saya. Dia kecewa sebab dia benar-benar terlupa yang Cikgu Dijah ada buat majlis perpisahan bersama-sama dengan mereka, anak-anak 3 as-Suyuthi. Saya memujuknya dengan berkata, "Tak apalah. Seorang guru bukannya mengharapkan hadiah daripada anak-anak murid. Yang penting ilmu yang dia ajar kat korang tu, manfaatkanlah sebaik-baiknya. Cikgu Dijah mesti faham. Bukannya awak sengaja nak lupa kan?" Setelah itu, barulah Talhah ok sedikit. Alhamdulillah.

Aktiviti berkirim-kirim dan berbalas-balas SMS masih diteruskan. Kali ini, Talhah bertanya saya tentang soal da'wah.

Talhah: Cikgu, apa maksud da'wah? (Talhah memang sangat gemar bertanyakan saya hal-hal yang berkaitan dengan agama. Baguskan?)


Saya: Da'wah tu maknanya kita mengajak orang kepada Islam. Maksudnya, mengajak orang untuk dekat dengan Allah atau dengan kata lain mengajak orang untuk buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang.

Talhah: Kalau tegur orang dengan nasihat, tu da'wah ke?

Saya: (tersenyum sebentar. Bijak sungguh anak murid saya ni). Tu pun salah satu cabang da'wah, dik. Tapikan, da'wah ni ada seni-seninya. Selain nasihat, banyak lagi cara lain untuk kita mengajak orang kepada kebaikan. Cuma, kita kena kreatif je.

Talhah: Oh, takde, bukan apa. Sebenarnya, saya tengah baca buku yang berjudul, "Tidak Ada Alasan Bagimu Meninggalkan Da'wah." Sebab tu saya tanya. (bagusnya anak murid cikgu ni, baca buku agama. Alhamdulillah, sejuk perut rahim ibu yang telah melahirkanmu, dik)

Saya: Oh, memang pun. Kadang-kadang, kalau kita nampak orang buang sampah merata-rata, dan kita tolongkan buangkan sampah tu dekat dalam tong sampah, itu dah dikira sebagai da'wah. Kita hadiahkan buku-buku ilmiah atau agama pada kawan-kawan, itupun satu da'wah. Kita tolong kawan-kawan, itu juga satu da'wah. Da'wah ni dia tak terbatas pada nasihat dan teguran semata-mata. Senyuman ikhlas pun boleh jadi da'wah jugak. (bersemangat saya menerangkan)

Talhah: Wow, luasnya erti da'wah tu! Baru saya tahu. Sedihnya... Cikgu sentiasa qiammulail kan?

Saya: (tergelak saya membaca kiriman SMS yang ini. Dalam hati, 'Alahai Talhah, cikgu nipun manusia biasa yang selalu lupa dan alpa). Haa... pasal qiam pulak. Sejujurnya, kalau macam dekat UIA ni, cikgu buat time cikgu nak stay up je. Kalau cikgu sedar, cikgu buatlah. Kalau tak sedar, cikgu tak buat. Ibadah ni, yang penting kualitinya bukan kuantiti. Berapa banyak ibadah yang kita buat bukanlah penentu untuk kita dapatkan redha Allah. Sebab tu pentingnya istiqamah. Dan ingat, kita beribadah pulak bukan untuk masuk syurga atau elakkan dari masuk neraka, tapi semata-mata untuk dapatkan redha dan rahmat Allah.

Talhah: Cikgu stay up hari-hari ke?

Saya: Lebih kuranglah. Cikgu lebih suka study masa orang lain tengah tidur. Lebih sunyi, tenang je. Yang ada masa tu cuma cikgu dan Allah je.

Talhah: Wow, terer la cikgu! Saya rarely dapat bangun pagi-pagi. Tu pun kadang-kadang solat, kadang-kadang tidur balik. (saya terneyum. Sekurang-kurangnya, ada usaha tu, Talhah)

Saya: Sebab awak tak biasa. Bila satu benda tu dah jadi habit kita, kita akan terbiasa. Lagi satu Talhah, bukan cikgu yang terer, tapi Allah. Dia yang gerakkan hati cikgu untuk bangun tahajjud dan study. Dengan kuasa Dia, bila-bila masa je cikgu boleh 'tidur sampai kiamat,' Talhah.

Selepas itu, Talhah bertanyakan novel online saya, "Semanis Kurma Cinta" yang sudah agak lama saya jadikan dia pekasam dalam laptop ni (hahaha). Saya memberitahunya yang saya terpaksa tangguhkan dulu penulisan novel saya, disebabkan perlu memberikan tumpuan pada peperiksaan akhir semester ni. Insya-Allah, bila cuti bermula, saya akan menyambungnya semula. Setelah itu, dia juga menceritakan perihal dia menjadi salah seorang AJK Majlis perpisahan Tingkatan 5. Kiranya, banyak jugaklah yang kami bualkan malam tadi. Maklumlah, sudah agak lama tidak bertemu dengan mereka semua.

Talhah: Oklah cikgu. Sorilah saya ganggu dari malam sampai pagi. Haha. Saya dah ngantok, nak tido dulu. Assalamualaikum.

Saya: Ok. wa'alaikum salam.

Sejujurnya saya katakan, bila bersembang dengan anak murid yang sudah sekian lama tidak ketemu, saya menjadi sangat-sangat gembira. Perasaan rindu ingin berjumpa mereka lagi semakin terasa dalam hati ini. Namun, rezeki di tangan Allah. Nampaknya, Dia masih belum mengizinkan lagi saya bertemu mereka, memandangkan keadaan badan saya juga tidak berapa baik sejak dua menjak ni. Tapi saya yakin, suatu hari nanti, pasti kami akan bersua semula. Selagi nama terpahat dalam hati masing-masing, selagi itulah hubungan suci ini tidak akan terputus sampai bila-bila.

Wallahua'lam.


Gambar kelas, kenangan bersama anak-anak murid 3 as-Suyuthi


p/s: Cikgu amat merindui semua anak-anak murid cikgu, terutamanya anak-anak 3 as-Suyuthi. Semoga redha Allah bersama kalian!

2 comments:

sahel akmal said...

salam,

'CIKGU' is a very wonderful word. i hope someone will call me cikgu.

zimah said...

insya Allah.....

the title "cikgu" is not only given to those who officially become a teacher in schools. even if u teach people, share with them all the knowledge you possess, u are actually a teacher to them...:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails