[mode: mengantuk sangat. rasanya tak akan stay up untuk malam ni. comel kan gambar ni?]
Terkenang saat itu
Tika ikatan mula terjalin
Antara dua insan terikat janji setia
Menempuh suka dan duka bersama.
Hari-hari berlalu deras
Dengan pantas meninggal pergi
Terbiar mereka dibuai kenangan indah
Hingga alpa dengan nikmat Tuhannya.
Gugusan-gugusan bintang di kaki langit
Menjadi saksi ukhuwwah terjalin
Birunya hamparan langit cerah
Menaungi ikatan yang penuh barakah.
Dengan mengalirnya perjalanan waktu
Meninggalkan cebisan-cebisan kenangan yang dibina
Di bawah mentari indah menyinar
Renggangnya ikatan itu atas kehendak Ilahi.
Mereka akur, mereka bersyukur
Redha Allah yang mereka cari
Kini sudah ditemui
Dengan rela hati, ikatan itu dilepaskan
Kini tiupan angin lalu
Mendayu-dayu membawa cebisan kenangan itu
Sekali-sekala menghantar berita gembira
Mengirim khabar rindu terhadap insan yang dikasihinya.
p/s: Kepada Kak Uda yang dirindui, puisi ini direka untuk dimuatkan dalam cerpen saya yang akan datang, insya-Allah. Cakap dengan "si dia," bahawa puisi ini tidak ada kena mengena dengan diri saya mahupun sesiapa yang hidup mahupun yang telah menerima seruan Ilahi. Harap maklum.
1 comment:
haih
Post a Comment