Apakah maksudnya? Dia suka aku? Hari itu, tanpa rasa malu aku luahkan perasaan aku dekat dia, tapi dia kata dia nak tumpukan perhatian pada pelajaran dan keluarganya. Tidak mahu fikir soal cinta. Tapi kenapa semalam tiba-tiba dia buat pengakuan mengejut macam tu?
Hazlizawati semakin hari semakin hairan dengan sikap Afifi yang menurutnya mendadak berubah dengan begitu cepat sekali. Entah apa yang merasuk dirinya untuk membuat pengakuan seperti itu. Sedangkan sebelumnya Hazlizawati pernah menyatakan perasaan sebenarnya pada dia, tapi telah ditolaknya secara halus. Namun tiba-tiba dia berubah hati sedemikian rupa? Bingung Hazlizawati memikirkannya.
Mee bakso yang sudah semakin kembang itu tidak dijamah oleh Hazlizawati sejak tadi. Faiqah hanya memerhatikan saja gelagat sahabat karibnya itu tanpa menyoalnya apa-apa.
Tiba-tiba Hazlizawati bersuara.
"Iqah rasa Afifi ikhlas ke suka pada Liza? Atau dia sekadar nak uji Liza saja?"
"Entahlah, Liza. Iqah tak berani nak cakap apa-apa. Semuanya terletak pada diri dia sendiri. Hanya dia dan Allah s.w.t. saja yang tahu apa yang tersemat di sebalik hatinya itu. Kenapa Liza tiba-tiba tanya? Liza takut kalau Afifi mempermainkan perasaan Liza, ya?" Faiqah bercanda.
"Eh, tak ada apa-apalah. Liza saja tanya. Eh, dah kembang pulak mee bakso ni. Jom kita makan cepat. Lepas ni, Iqah kena teman Liza pergi Giant sekejap. Liza nak cari kasut. Boleh, kan?"
"Boleh, insya-Allah. Tak ada masalah." Faiqah tersenyum.
***
Hazlizawati membuka semula peti Inbox di telefon bimbitnya dan membaca semula kiriman SMS daripada Afifi tempoh hari.
At least, I wanna be honest with you about something. I really like you. Actually, I wanna say the L*** word but I think it's too early.
Sender: Afifi
Tanpa diduga, pengakuan ini sedikit demi sedikit telah menimbulkan rasa suka dalam diri Hazlizawati. Mana tidaknya. Selama ini belum pernah lagi ada mana-mana lelaki yang mengatakan hal seperti itu kepadanya. Hatinya berbunga-bunga setiap kali mengulang baca SMS tersebut dan dengan izin-Nya perasaannya pada Afifi sebelum ini memekar semula. Bagi Hazlizawati, muslim seperti Afifi, walaupun berlatar belakangkan keluarga yang susah dan bermasalah, namun itu tidak sedikit pun menggugat rasa kasihnya terhadap insan itu. Hazlizawati sudah menyayangi Afifi apa adanya. Dia jatuh cinta pada lelaki itu kerana ketulusan hatinya bersahabat dengannya. Dia menerima Afifi seadanya.
Tetapi hal yang sebaliknya pula terjadi pada Afifi. Walaupun dia telah meluahkan perasaannya pada Hazlizawati, namun dia masih ragu-ragu dengan perasaannya itu. Setiap kali dia mengirimkan SMS pada Hazlizawati, respon yang baik sering diterimanya daripada perempuan itu, namun jiwanya masih tidak keruan. Dia masih merasakan bahawa dirinya tidak layak untuk mendapatkan cinta daripada muslimah berjiwa kental seperti Hazlizawati. Ya Allah, mungkihkah aku sudah tersilap langkah? Fikirnya.
"Sesungguhnya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, manakala perempuan yang baik pula untuk lelaki yang baik."
Kata-kata indah Faiqah kepadanya semalam masih terngiang-ngiang di telinganya. Mengingatkan kata-kata tersebut, Hazlizawati tidak bimbang dan tidak ragu-ragu pada janji Allah s.w.t. yang sudah termaktub dalam kitab suci al-Quran itu. Dia hanya perlu yakin dan berserah segalanya pada Allah s.w.t. yang Maha Menentukan, sama ada benar atau tidak perasaan Afifi padanya.
Setiap kali selesai solat sunat Dhuha, Hazlizawati sering memanjatkan doa pada Allah s.w.t. agar diberikan ketetapan hati untuk setia pada cintanya. Dalam doanya, dia juga memohon agar diberi perlindungan kepada hatinya daripada bisikan-bisikan iblis. Dia tidak mahu rasa cintanya pada Afifi akan membawa mereka ke jalan yang tidak diredhai Allah s.w.t. Sebaliknya dia sangat berharap agar rasa cinta yang terbina dalam hati masing-masing akan lebih mendekatkan lagi mereka pada Allah s.w.t.
"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Pencipta segala cinta. Engkau jualah Pemilik cinta. Terima kasih kerana telah mengurniakan aku rasa cinta ini dan terima kasih kerana memberiku kesempatan untuk menikmati rasa cinta ini. Ya Allah, Engkaulah yang membolak-balikkan hati manusia. Janganlah Engkau jadikan cinta antara kami sebagai cinta yang tidak Engkau redhai. Berkatilah persahabatan kami berdua dan dekatkanlah kami dengan-Mu menerusi rasa cinta yang Engkau titipkan dalam diri kam, Ya Allah."
Air mata Hazlizawati terus merembes keluar.
***
Pejam celik, pejam celik kini semester pertama sudah beberapa bulan meninggalkan mereka, pelajar-pelajar CFS, IIUM. Kini mereka meneruskan lagi pengajian pada semester kedua. Semester baru telah bermula da Hazlizawati merasakan segalanya telah berubah. Pengajian, para sahabat, para pensyarah dan dia.
Setelah masing-masing berpuas hati dengan keputusan peperiksaan akhir pada semester yang lepas, tiba-tiba Hazlizawati teringat akan Afifi. Masuk sahaja semester kedua, Hazlizawati belum nampak terjumpa mahupun terserempak dengan Afifi. Kelibatnya langsung tidak kelihatan semester itu. Hazlizawati menyedari bahawa sejak kebelakangan ini Afifi bersikap dingin dengannya. Dia tidak lagi mengirimkan SMS seperti dulu. Boleh juga dikatakan mereka sudah agak lost contact. Sebabnya, Hazlizawati langsung tidak tahu.
Dia resah.
Bagi menghilangkan rasa resah di hati, dia tidak pernah berputus asa menghubungi Afifi. Setiap minggu boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan mengirimkan SMS bertanyakan khabar Afifi, tapi satu balasan pun tidak dikirimkan Afifi kepadanya. Hazlizawati hampa.
Dahulu, Afifi seringkali menghubunginya, tidak kiralah sama ada melalui telefon secara langsung mahupun mengirimkan SMS menanyakan keadaaannya. Dia tidak pernah lupa untuk menanyakan perkembangan diri Hazlizawati dan keluarga dan juga sentiasa terus-terusan memberi nasihat dan sokongan setiap kali Hazlizawati dilanda masalah. Namun, kini, apa yang dirasakan Hazlizawati ialah Afifi saat ini sudah menjadi tidak kurangnya seperti seseoranag yang begitu asing dalam hidupnya. Adakalanya dia lenyap begitu saja dari ingatan seperti tidak pernah wujud dalam sejarah hidupnya.
Pagi itu, Hazlizawati menemani Faiqah menyiapkan assignment yang diberikan pensyarahnya di perpustakaan. Sedang asyik Faiqah menyiapkan kerjanya, Hazlizawati hanya duduk termenung. Buku di hadapannya terbuka tapi dia hanya memerhatikan setiap satu hurufnya dengan pandangan kosong dan penuh pengharapan.
"Liza, apa yang Liza tengah fikirkan tu? Dari hari tu lagi Iqah tengok Liza ni asyik termenung tak sudah. Masih teringatkan Afifi, ya?" Faiqah bertanya sambil matanya memandang komputer ribanya yang terletak di atas meja.
Hazlizawati tersentap. "Err, tak ada apa-apa Iqah. Liza ok saja." Tiba-tiba Faiqah sedar ada beberapa titisan air mata jatuh ke atas buku di hadapan Liza itu.
Faiqah menghulurkan sepaket tisu kepada sahabat karibnya itu.
"Kalau tak ada apa-apa, kenapa perlu menangis? Mesti ada apa-apa ni. Terus-terang sajalah. Liza rindu pada dia, kan?"
Hazlizawati mengalah. "Sebenarnya Iqah, Liza bimbanglah. Kenapa lama sangat Afifi tak hubungi Liza. Kirim SMS pun tak dah sekarang. Liza jadi tertanya-tanya. Liza ada buat salahkah dengan dia? Kalau ada sekalipun, selalu dia mesti akan beritahu Liza dan menegur kesilapan Liza. Tapi kali ni dia senyap saja. Dia sendiri pernah cakap dengan Liza dulu suruh Liza jujur dengan dia dalam semua hal tapi sekarang ni dia yang tak jujur. Liza rasa dia semakin jauh dengan Liza, Iqah. Dia macam nak larikan diri dari Liza. Liza..." Hzalizawati tidak dapat menahan sebak di hati.
"Sudahlah, Liza. Janganlah bersangka yang bukan-bukan dulu. Iqah yakin Afifi mesti ada sebab tersendiri kenapa dia buat Liza macam ni. Kan dulu Liza pernah cakap dia berasal dari keluarga susah. Mungkin sekarang ni keluarga dia betul-betul ada masalah. Jadi, dia tak boleh nak fikir hal lain. Dia kena tumpukan pada maslah keluarganya saja. Lagi satu, Liza, tak semua benda dalam hidup kita ni kita boleh cerita pada orang lain. Iqah yakin, Afifi tak cerita pada Liza tentang masalah yang dihadapinya sebab dia benar-benar sayang pada Liza. Kalau boleh, dia tak mahu Liza terbeban dengan maslah dia dan dia tak Liza susah kerana dia. Apa-apa pun, yang penting sekarang kita kena sentiasa bersangka baik dengan dia. Liza bersabar ya. Insya-Allah Iqah yakin yang suatu hari nanti Afifi akan jelaskan semuanya pada Liza." Faiqah menggenggam erat tangan Hazlizawati.
Hazlizawati hanya mendnegar nasihat sahabatnya dan bersetuju untuk menunggu saja penjelasan daripada Afifi, yang entahkan bila masanya.
Setelah selesai kerja Faiqah, mereka berdua berjalan menuju ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Asar berjemaah. Sudah lama mereka tidak berjemaah di masjid oleh sebab sibuk dengan kerja-kerja pengajian. Memandangkan hari itu mereka sedikit lapang, jadi mereka berkeputusan untuk ke sana.
Sementara menunggu azan dikumandangkan, mereka duduk beristirehat di ruangan luar masjid sambil menikmati tiupan angin sepoi-sepoi bahasa petang itu. Sungguh mendamaikan sekali.
Melihatkan Hazlizawati yang sedari diam dari tadi, Faiqah terus berkata, "Macam ni sajalah. Petang ni, kita luangkan masa secukupnya untuk beribadah di rumah Allah ni. Kita baca al-Quran, berzikir, berwirid dan dalam masa yang sama kita tadabbur sekali ayat-ayat al-Quran yang kita baca. Sesungguhnya dengan mengingati Allah s.w.t. hati akan menjadi tenang. Iqah tahu yang fikiran Liza tengah kacau sekarang. Jadi, Liza kena tenangkan hati tu supaya Liza tak fikir yang bukan-bukan lagi tentang Afifi, ya? Malam nanti, Iqah akan kejut Liza untuk bangun tahajjud sama-sama. Pada malam 2/3 Allah berada sangat dekat dengan hamba-hamba-Nya. Boleh?" Faiqah melontarkan senyuman yang paling manis bagi menyejukkan kegelisahan yang sedang melanda hati sahabatnya ketika itu.
Hazlizawati membalas senyuman itu kembali. "Baiklah. Liza akan berusaha. Terima kasih, Iqah untuk semua nasihat yang Iqah berikan pada Liza. Semoga Allah memberkati Iqah ya."
"Amiin, insya-Allah."
Azan berkumandang dan mereka solat bersama para jemaah lain.
Pulang dari masjid, Hazlizawati terasa badannya sangat lemah. Dia merasa seperti ingin demam. Baru dia sedar bahawa sudah beberapa hari dia tidak makan berat. Hanya roti dan beberapa keping biskut saja yang menjadi hidangannya pada waktu pagi hingga malam. Akibat terlalu memikirkan hal Afifi, Hazlizawati sedikit mengabaikan tentang kesihatannya sendiri. Namun, dia tidak mahu menjadi seperti mencurahkan air ke daun keladi. Segala apa yang telah dinasihatkan Faiqah kepadanya dia ingat dan akan dia ikuti.
Malam itu, di bilik, tepat jam empat pagi, Faiqah mengejut Hazlizawati untuk menunaikan tahajjud bersama. Setelah itu mereka tadabbur ayat-ayat suci al-Quran dan sementara menunggu azan Subuh, Faiqah memberi ruang untuk Hazlizawati berdua-duaan dengan Allah s.w.t., meluahkan segala rasa hati kepada yang Maha Mendengar.
Setelah puas bermunajat kepada Allah s.w.t., dan menunaikan solat Subuh berjemaah dengan Faiqah, ketenangan terus menyelinap masuk ke dalam sanubari Hazlizawati. Kali ini dia sudah mencapai kata putus dan dia benar-benar sudah nekad dengan keputusannya ingin melupakan insan bernama Afifi buat selamanya. Bagi menemukan penamatan cinta dan air mata, Hazlizawati terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip SMS terakhir buat insan yang pernah dikasihinya.
Salam, Afifi. Sejujurnya, Liza sendiri tak tahu kenapa Afifi tiba-tiba senyap dan hilang dari mata Liza. Di mana sebenarnya silap Liza sampai Afifi menyepikan diri dengan begitu lama? Afifi memang sudah tidak seperti dulu lagi. Afifi bukanlah seorang yang mengambil berat tentang masalah orang lain seperti yang Liza kenali dulu. Tak apalah. Mungkin sampai sini saja persahabatan kita. Liza nak ucapkan banyak-banyak terima kasih ata segala kebaikan Afifi sepanjang kita berteman dan maafkan segala salah silap Liza andai kata ada yang telah menggoreskan hati Afifi. Sekian saja dari Liza. Jumpa lagi. Wassalam.
Send to: Afifi
SEND!
Alhamdulillah. Terima kasih, ya Allah. Hazlizawati terlena.

"Assalamualaikum," Faiqah menyapa.
"Wa'alaikumussalam," dia membalas salam yang diberikan.
"Ada apa awak nak jumpa saya ni? Maaf, saya tak boleh lama-lama. Saya ada kerja lain lagi nak kena buat," ujar Faiqah berselamba.
"Sebelum tu, Liza sihat?"
Faiqah diam.
"Iqah, saya tanya awak ni. Jawab sajalah." Dia sudah meninggikan suara.
"Kenapa awak nak tahu? Awak sendiri dah tahu keadaan dia macam mana. Kenapa perlu awak tanya saya lagi?"
"Saya tahu saya bersalah. Saya tak boleh nak buat apa-apa. Ini semua kehendak ibu saya. Saya cuma tak nak jadi anak derhaka."
"Masalahnya sekarang, kalau awak sendiri dah tahu ibu awak tak suka dengan Liza, kenapa awak bagi harapan pada dia? Kenapa awak tak terus-terang dengan dia awal-awal lagi? Awak tengok apa dah jadi dengan dia sekarang? Badan dia kurus macam orang tak makan beberapa tahun dan dia sering-sakit-sakit. Semua sebab awak! Dia sabar menunggu awak. Dia nampak awak dan cuba sapa awak tapi awak terus lari daripada dia. Awak ingat dia tu apa, Afifi?!" Faiqah tidak dapat menahan rasa marah lagi pada lelaki itu.
"Sebenarnya sejak kami mula-mula berteman, saya dah rasakan yang kita orang mesti tak akan lama. Ibu saya tidak suka pada dia bukan sebab dia jahat, tapi sebab kami ibarat langit dan bumi. Dia tu ibarat bulan yang dipagari bintang. Saya tak layak untuk dia. Saya cuba nak beritahu dia, tapi saya tak sampai hati. Saya takut menyakiti hati dia."
"Habis, sekarang awak fikir dengan cara awak berdiam diri macam ni akan buat dia faham? Awak fikir dengan cara awak larikan diri daripada dia akan selesaikan masalah kamu berdua? Liza rasa awak telah mempermainkan hati dan perasaan dia. Awak pergi begitu saja tanpa memberikan dia kata-kata akhir. Dia sendiri cakap dengan saya Afifi yang dia tak kisah kalau awak dah tak mahu bersahabat dengan dia lagi. Tapi sekurang-kurangnya beritahu dia. Jangan berdiam diri. Dia tak akan tahu hal sebenar melainkan kalau kalau awak yang jelaskan semuanya pada dia!" Faiqah mengesat air mata yang tidak henti-henti mengalir deras di pipi gebunya.
Afifi hanya diam. Namun, jauh di sudut hatinya dia berasa kesal dengan apa yang terjadi.
Faiqah menyambung bicaranya.
"Bagi saya, lelaki macam awak ni memang langsung tak layak untuk dapatkan cinta wanita sebaik Liza. Maafkan saya. Saya terpaksa kata begini. Sebab cinta awak pada dia hanyalah cinta di hujung kata yang tiada erti apa-apa pada hidup seorang wanita seperti dia. Dia itu wanita yang baik, hati dia tulus bukan barang mainan yang awak boleh main-mainkan dengan sesuka hati. Mulai dari sekarang, awak tak payahlah tanya saya apa-apa lagi pasal Liza. Sebab Liza sekarang pun sedang berusaha untuk melupakan awak. Bagi dia, tiada naman Afifi yang wujud lagi dalam buku sejarah hidupnya. Saya mintak diri dulu."
"Iqah, tunggu sekejap. Sebelum apa-apa hal, saya ada satu saja permintaan dan saya harap sangat-sangat awak dapat tolong tunaikan permintaan saya."
"Apa dia?" Faiqah bertimbang rasa.
"Tolong sampaikan surat ini pada Liza. Saya janji, itu kiriman terakhir dari saya untuknya."
Faiqah mencapai surat itu dan memandang semula wajah Afifi yang penuh kekesalan itu.
"Baiklah. Saya akan sampaikan. Maafkan kekasaran tutur kata saya tadi. Saya agak emosi. Assalamualaikum." Faiqah beredar.
"Wa'alaikumussalam."
Liza, maafkan saya. Ya Allah, ampunkan aku kerana telah menyakiti hati seorang wanita mulia bernama Hazlizawati. Jangan Engkau murka padaku, ya Allah. Sambil memandang ke langit biru, hatinya terus merintih lagi.
***
Hari itu dia pulang ke rumah. Mencari ketenangan yang hilang. Suasana nyaman petang itu benar-benar mendamaikan hatinya. Dengan tangan yang terketar-ketar dan hati yang berdebar-debar, sambul surat itu dibukanya perlahan. Dikeluarkan isi surat itu dengan cermat sekali agar tidak terkoyak.
"Nah, ini surat terakhir daripada Afifi. Iqah harap Liza dapat baca dengan berlapang dada, ya."
Dia teringatkan kata-kata sahabatnya ketika memberikan surat itu kepadanya sebelum dia pulang ke rumah pagi tu.
Dimulakannya dengan lafaz basamalah dan membaca isi warkah yang dipegangnya.
Salam ikhlas buat srikandi Tengku Hazlizawati,
Kata maaf usah diungkapkan
Kerana kutahu ia tidak lagi bermakna
Kata cinta usah dileraikan
Andai itu akan membuah derita.
Mengenalimu suatu anugerah
Yang tiada tara nilainya
Namun kini aku berserah
Jika perpisahan ditakdirkan, aku terima.
Berakhirnya ikatan cinta ini
Atas nama mencapai redha-Nya
Seribu keampunan kuhulur dari sudut hati
Andai cinta ini hanya sekadar di hujung kata.
Maafkan aku.
AFIFI
Air mata perpisahan menitis di atas sehelai kertas ucapan selamat tinggal.
"Cintamu, memang hanya sekadar cinta di hujung kata, Afifi!" Jeritnya sekuat hati.
Ya Allah, kuatkan hatiku.
TAMAT
2 comments:
wah, nama heroinnya hampir sama dgn kawan sy.. namanya haslizanawati :) dah heronya, hampir sama dengn nama kwn saya jugak.. hafifi.. ahaks :D
sngt best tp sedih, sian kat liza... nmpak mcm fifi yg jahat (hehe).
ape ape pon, enjoy this cerpen <3
suka part ni;
"Macam ni sajalah. Petang ni, kita luangkan masa secukupnya untuk beribadah di rumah Allah ni. Kita baca al-Quran, berzikir, berwirid dan dalam masa yang sama kita tadabbur sekali ayat-ayat al-Quran yang kita baca. Sesungguhnya dengan mengingati Allah s.w.t. hati akan menjadi tenang. Iqah tahu yang fikiran Liza tengah kacau sekarang. Jadi, Liza kena tenangkan hati tu supaya Liza tak fikir yang bukan-bukan lagi tentang Afifi, ya? Malam nanti, Iqah akan kejut Liza untuk bangun tahajjud sama-sama. Pada malam 2/3 Allah berada sangat dekat dengan hamba-hamba-Nya. Boleh?"
:)
shah izz~
terima kasih sayang. kamu org pertama komen cerpen akak. smg cerpen ini bermanfaat utk kamu ya. insya Allah akak akn terus tulis cerpen yg baru nnt. doakan akak ye dik? smg Allah berkati kamu sekeluarga.
Post a Comment