Aku juga manusia yang punya impian sendiri.
Mungkin sama seperti orang lain juga,
walaupun ia bukanlah yang utama.
Salah satu impianku; aku ingin menikah.
Kerana nikah itu suatu ibadah dan sunnah Rasulku.
Nikah ialah salah satu tanda pengabdian diriku kepada Rabbku
dan tanda rasa cintaku terhadap junjungan mulia, Rasul SAW.
Aku ingin menikah dengan seseorang.
Seseorang yang istimewa.
Istimewanya dia kerana ruku' dan sujudnya
hanyalah kepada yang Maha Esa.
Indahnya cinta dia kerana dilabuhkan kepada yang Berhak.
Setiap hari aku berdoa,
agar didatangkan insan secantik dia menjadi pendamping hidupku.
Walau lambat, aku tetap kan setia menunggu.
Walau aku tidak pernah kenal siapa dia,
aku yakin cinta yang Dia akan datangkan kepadaku
ialah cinta yang tulus kerana-Nya.
Nota: Ada sesetengah pihak yang merasakan aku gatal sebab nak kahwin cepat, setelah membaca entri ini. Namun, aku hanya bisa menjawab, hanya Allah SWT Maha Mengetahui segala-galanya dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untukku saat ini. Jadi, aku tidak peduli pandangan orang lain terhadap diriku.Aku cuma ingin berkongsi dengan pembaca apakah impianku dan aku yakin ia bukan impianku seorang tetapi impian semua orang, impian sesiapa saja yang ingin dirinya dicintai oleh Rabb dan Rasulnya. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment