Kekasih...
satu nama yang ingin kupanggil
kepada seseorang yang berhak,
selain Dia dan Rasul-Nya
Kekasih...
sebuah gelaran
yang hanya layak dimiliki
oleh seseorang yang akan membawaku
menuju cinta-Nya
Kekasih...
seseorang yang menjadi perantaraan
antara cintaku dan Rabbku
Kekasih yang diberi nama suami.
"Setiap orang punya impian. Salah satunya ingin berumah tangga dan
punya keluarga sendiri. Siapa yang tidak mahu
mempunyai pasangan hidup yang begitu penyayang seperti
yang ditunjukkan oleh si suami dalam video di atas."
Nota: Sila hentikan sebentar lagu yang sedang bermain di sebelah blogku ini dan hayati video ini serta amati setiap bait-bait lagu yang dinyanyikan.Sungguh menyentuh hati.
p/s: Terima kasih kepada Kak Cuma kerana sudi berkongsi video ini kepadaku. Semoga Allah merahmatinya sekeluarga. Amin.
SELAMAT MENONTON =)
No comments:
Post a Comment