Aku sangkakan ia benar. ternyata, aku tertitipu. aku berjaya diperdayakan oleh musuhku sendiri. "mimpi itu mainan syaitan," itulah yang sering diungkapkan oleh manusia sekeliling. aku merasa sangat sedih dan seperti mahu membiarkan air mata membasahi pipiku. mengapa ia hanya sekadar mimpi? mengapa ia bukan kenyataan? mengapa? mengapa? mengapa? namun, bolehkah saku ingin terus menggapnya suatu petanda? petanda bahawa perkara itu benar-benar akan terjadi? cuma, latar tempat dan masa sahaja yang berlainan? bolehkah aku beranggapan begitu, ya Allah? bolehkah aku ingin menafikan bahawa ianya hanya sekadar mimpi biasa? bolehkah?
***
Ianya seperti sebuah kisah. kisah antara diriku dengan seorang insan. kisahku dengan seorang sahabah. sebuah kisah persahabatan antara dua insan dari dua benua yang berbeza. "kisah aku dan dia."
Pada suatu masa, aku bersama-sama dengan sahabah muslimahku, mira (bukan nama sebenar), berjalan-jalan menuju ke suatu tempat. sepertinya sebuah taman yang sangat cantik, indah nan permai namun, hati ini tidak merasakan bahawa pada ketika itu kami berpijak di bumi lagi. tetapi, di taman itu terletaknya sebuah bangunan yang sangat besar dan unik struktur binaannya. tidak langsung kelihatan seperti bangunan yang terdapat di bumi. namun kelihatannya seperti sebuah universiti. aku tertanya-tanya, "di manakah aku sebenarnya? tidak ada langsung riak wajah bimbang di muka mira seolah-olah dia sudah berada di situ lebih lama berbanding diriku. di manakah aku, ya Allah?" tanpa banyak soal, aku hanya terus mengikut ke mana sahaja mira ingin membawa aku pergi.
Sedang kami berjalan sambil berborak-borak sesama sendiri, langkah kami tiba-tiba terhenti. tanpa disedari, ternyata kami sudah berada di perkarangan 'universiti aneh' ini. berdiri kami di salah satu sudut bangunan itu, pandangan kami tertumpu pada sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi 'universiti aneh' itu yang sedang duduk sambil berbual-bual sesama mereka. apa yang lebih mengejutkan hatiku ialah kesemua mereka merupakan pelajar-pelajar uia termasuk sahabat-sahabat seuniversiti denganku sedang berpeleseran di tepi jalan. kelihatan tiada langsung riak muka sedih di wajah mereka. dalam kelompok yang ramai itu, mataku tertangkap satu imej yang seperti aku kenali. "dia juga di sini? apa dia buat di sini?"siapa dia? itulah dia, sahabatku, aman. sedang duduk antara mereka yang sedang bergelak ketawa dan siapa sangka mata kami bertentangan ketika itu. nampaknya dia juga sudah perasan akan kehadiranku di 'universiti aneh' itu.
Perasaan aneh bercampur bimbang semakin memburu jiwaku. semakin banyak soalan yang timbul di kepalaku. pada ketika itu aku merasakan seolah-olah ada satu tanda soal yang sangat besar sedang menimpa kepalaku. ya Allah, apakah maknanya semua ini?
Aku dan mira menginap di situ dan menjalani hari-hari kami seperti mereka yang sudah beberapa tahun tinggal di 'alam fantasi' itu. mira pula, sedikitpun tidak menceritakan apa sebenarnya yang telah terjadi dan di manakah kami sebenarnya pada masa itu. keesokannya, seperti berada di uia, kami pergi ke kelas macam biasa. pulang saja dari kuliyyah, keadaan pada hari itu sama dengan hari sebelumnya. para mahasiswa dan mahasiswi mengulangi aktiviti yang sama seperti hari pertama kali aku menjejakkan kakiku di 'universiti aneh' ini. tiba-tiba, mataku beralih ke arah salah seorang lelaki yang aku kenali lalu dihadapanku. ustaz! dia langsung tidak menoleh mukanya ke arahku seperti tidak pernah mengenaliku sebelum ini. tiba-tiba, datang pula seorang gadis (pelajar di situ juga) menghampirinya. hatiku tersentak apabila melihat reaksi ustaz mengangkat tangannya dan meletakkannya di atas bahu gadis itu, sepeti berpelukan. mereka bergelak tawa sesama mereka tanpa mempedulikan manusia sekeliling. bahagia. seperti sepasang couple. hatiku terus meronta-ronta, "mengapa ustaz buat begitu? siapa perempuan itu?! mengapa ustaz langsung tidak menghiraukan kehadiranku di situ?! ya Allah, apakah semua ini?!!"
Hatiku terluka melihat tingkah laku ustaz sebentar tadi. tanpa aku sedari, air mata terus meluncur laju keluar dari anak mataku. sedang aku melayani perasaan sedihku ketika itu, tiba-tiba aku perasan ada sepasang mata sedang memerhatikanku sejak dari tadi. rupa-rupanya aman sedang memandangku dari jauh di samping kawan-kawannya di tempat biasa. tangisanku terhenti. aku bermonolog sendirian, "dia memandang akukah? kenapa dia pandang aku?" namun, yang aku perasan renungan aman terhadapku masa itu bukan renungan benci atau marah tetapi sebuah renungan yang penuh rasa simpati dan kasihan. seperti dia dapat merasai apa yang aku rasai ketika itu. "astaghfirullah..." perasaan bersalah menyelubungiku. aku terus mengalihkan pandangan mataku ke arah lain.
Malam itu, di bilik (di 'universiti aneh'), aku duduk sendirian tanpa ditemani sesiapapun. mira juga tiada di sampingku. aku semakin melayan perasaan hairan dan takutku terhadap apa yang terjadi pada diriku hari itu. lamunanku terhenti apabila handphone ku, erika, berdering. terpapar di skrin satu nombor yang sepertinya aku kenali, tetapi aku tidak dapat mengingatinya. aku mengangkat, "hello?" "zimah, kau free tak pagi esok?" suara itu menjawab. macam aku kenal dengan suara ini. suara aman! "hmm, kenapa tanya?" dia membalas, "aku nak jumpa kau. ada benda aku nak bagitau kau. please..." aku menjadi semakin hairan. selama aku berkawan dengannya, belum pernah dia menelefonku dulu. selama ini, aku yang menelefonnya. tapi, malam itu... entahlah..."hmm, aku tak sure lagilah. aku takut ada hal esok. penting sangat ke?" "a'ah. penting sangat! aku rasa aku kena juga bagitau kau. kau kena tahu," nada mengharap. aku memberikan kata putus, "oklah. tengok dulu macam mana. aku kena confirmkan dulu. nanti kalau aku tak ada apa-apa hal penting esok, aku bagitau kau, ok?" "ok. aku tunggu. bye, assalamualaikum." kami meletak telefon.
***
Selepas je berbual sebentar dengan aman mengenai hasratnya ingin bertemu denganku, tiba-tiba, aku terjaga! di manakah aku? aku sedang berbaring di atas katilku, di cfs iium, nilai dan ternyata aku sudah 'pulang'! "aku bermimpikah? benarkah aku bermimpi? mengapa aku rasa macam perkara itu baru saja terjadi sebentar tadi?" bagi menghilangkan rasa tidak puas hati yang penuh dengan tanda tanya, aku mencapai handphoneku. aku pergi ke peti call log bagi memastikan benarkah aman baru saja menelefonku. terpapar di skrin erika, no numbers. sangkaanku salah. aku hampa. tiada sesiapa menelefonku semasa aku lena dibuai mimpi sebentar tadi.
Bagaimanapun, perasaan aneh itu masih lagi bersemadi dalam benakku. aku terus tertanya-tanya, "adakah mimpi itu benar? bukankah ianya hanya mainan syaitan yang ingin menganggu ketenangan beraduku?boleh jadi ia satu petanda bahawa benda itu akan terjadi, tapi, mungkinkah?" dalam jagaannku, aku berkata kepada diriku dengan perasaan hampa bercampur sedih, "mengapa ia hanya sekadar mimpi...?" aku dapat rasakan air mataku seperti ingin keluar membasahi pipi tembamku lagi.
***
Bagi menenangkan jiwa ini, jam tepat menunjukkan pukul 4.40 pm. sampai sahaja seruan Illahi, aku terus mengambil wudhu' bagi mengadap Kekasihku. selesai solat asar, aku mengangkat tangan, berdoa', "ya Allah... adakah ia suatu mesej dari-Mu bahawa perkara ini akan berlaku suatu hari nanti? mengapa hatiku merasakan seolah-olah ia akan terjadi, tapi bukan sekarang? ya Tuhan, bagilah petunjuk dan hidayah kepadaku tentang mimpiku ini. bantulah aku ya Allah."
Aku akan menanti jawapannya.
* Sebenarnya saya dengan aman sudah tidak macam dulu lagi. disebabkan pertengkaran yang sering berlaku antara kami, kami tidak lagi sebaik dulu. seperti katanya, "macam ada sesuatu yang menghalang aku untuk terus berkawan dengan kau." adakala saya terfikir, mungkin kata-katanya benar. mimpi ini telah memberitahu saya sesuatu; apa yang menghalang kami daripada terus bersahabat. cumanya saya tidak pasti sejauh manakah kesahihannya. wallahua'lam.
3 comments:
mgkin jodoh zimah dgn 'aman' kot..
asma rse laa..ptanda sruh lupe kan 'ust'...up 2 u..huhuhu
great story! i mean dream huhu
geramny...pe y aman tu nk btau?
tp tulah...
jgn mudah terjebak ngn mimpi2
lg2 y mcm ni
misteri smcm je kn.
tp kalau btul2 ganggu fikiran, tnyela mdm isfadiah ke..
dy cm pkr bab2 ni
gudluck zimah!!~
anonymous: really? but i don't know which one is madame isfadiah. nanti knalkan kat zimah ye!!! nak jugak tanya dia.. ehheeh.. thank you anonymous!!!
Post a Comment