salam, selamat pagi semua! oppss, maaf! selamat tengahari semua.
semalam, saya ym dengan mak. rindu sangat dengan mak. syukur alhamdulillah, dapat ym dengan mak semalam dapatlah hilangkan sikit rasa rindu saya pada mak yang semakin hari semakin membuak-buak, setelah beberapa minggu tak dapat pulang ke rumah. sedih rasanya. rasa macam nak sangat balik rumah tatap wajah mak dan ayah. nak sangat peluk mak. saya nak menangis lagi dekat mak. alangkah bagusnya kalau saya boleh jumpa mak setiap hari. walaupun dekat, tapi berbanding dengan orang lain, sekarang ni saya dah jarang pulang ke rumah disebabkan beberapa sikit kesulitan; final exam dah dekat, tak cukup duit dan kedaan badan yang tidak mengizinkan.
semalam, sebelum ym dengan mak, saya ada bukak blog. dekat entry saya yang terbaru, kak uda hantar komen. dia suruh saya pulak bukak blog dia. mengalir air mata saya membaca entry dia yang terbaru, walaupun ia tak ada kena mengena dengan saya, tapi kisah persahabatan antara dia dengan kak tiqah selalu menyentuh hati saya. sambil membaca blog kak uda, tiba-tiba saya terimbas kembali saat kak uda menelefon kak uda dari Jordan dan mendengar suara kak tiqah juga telah membuatkan air mata saya semakin deras menyentuh pipi. alangkah bagusnya kalau mereka berada di sisi saya sekarang ni. menemani saya mengharungi segala susah senang di sini.

berbalik tentang ym dengan mak tadi. masa saya ym dengan mak, saya ada bagitau mak yang saya nak ym dengan mak sebab sekarang ni, saya memerlukan seseorang untuk mendengar semua masalah saya di sini. saya merasakan, semakin dekat saya dengan peperiksaan, badan saya terasa menjadi semakin lemah. saya seperti sudah tidak bermaya lagi mahu belajar. kadang-kadang bukak buku, tapi mata saya tidak dapat mentafsir satu-persatu perkataan yang terpapar dalam buku itu.
keadaan badan saya menjadi semakin tidak bermaya di setiap detik saat yang berlalu. mata menjadi kabur, sukar untuk bernafas dan baru sebentar tadi saya muntah-muntah. tapi, alhamdulillah bukan muntah darah. kalau muntah darah, tak taulah nak buat macam mana. exam dah dekat ni. harap2 janganlah badan buat hal.
oleh sebab saya tak larat nak membaca buku, jadi, saya pinjam laptop kak irah kejap. nak tengok cerita KAMI. tengah asyik menonton, tiba2 saya rasa semacam je kat tekak ni. saya ingatkan nak buang kahak macam biasa. rupa-rupanya saya muntah banyak sangat dalam toilet tadi. sampai sakit perut saya. rasa tak bermaya sangat. tiba2 masa tengah muntah tu, saya teringat kat mak. kalaulah mak ada kat sini, mesti mak dah lama usap2 belakang saya, bagi saya lega. tapi, saya sedar yang saya hanya bermimpi. tak mungkin itu berlaku. sebab mak tak ada kat sini. tak ada siapa yang akan mengusap belakang saya lagi macam dulu. kehidupan di asrama memang macam tu. tiada siapa yang akan menjaga kita melainkan diri kita sendiri. tidak hairanlah macam mana kuatnya kak uda mengharungi kehidupan di asrama bersendirian sejak tingkatan satu dulu.
sebenarnya, ada perkara lain yang membuatkan hati saya bertambah sedih dan sakit. lebih sakit dari perut saya. orang yang selalu care pasal saya selama ni seolah2 sudah tidak mempedulikan hal saya lagi. selalunya dia akan tanya,"ok tak hari ni?" "kalau sakit, pergi klinik, makan ubat. jangan degil," dan macam2 lagilah. tapi, kini, semua tu dah tak ada lagi. betul kata mak. hati manusia sebang berubah. bila cakap dengan mak pasal 'dia', mak kata, "jangan fikir pasal dia lagi." saya dengar je cakap mak. ada lagi seorang, seorang sahabat. sekarang kami dah betul2 lost contact hanya semata2 saya menegurnya mengenai sesuatu. saya dah minta maaf pada dia atas kesilapan saya, tapi kalau orang dah tak sudi maafkan dan tak nak berkawan dengan kita lagi, takkan kita nak paksa? kita tak ada hak untuk memaksa orang untuk menerima baik dan buruk kita, kan? jadi sekarang, saya dah malas nak fikir banyak pasal orang lain. buat apa fikir pasal orang lain sampai kita sakit2 sedangkan mereka sedang ketawa riang dengan teman2 mereka tanpa sedetik pun memikirkan tentang diri kita.
itulah, serba sedikit luahan hati saya untuk hari ini. mesti pelikkan? bukak buku tak larat tapi bukak blog dan taip entry baru larat plak? hehehe... biasalah. kalau update blog, kita tak payah nak berfikir. kita cuma tulis dan keluarkan semua benda yang terbuku di hati. tapi, kalau baca buku, lagi2 buku akademik, memerlukan otak kita untuk bekerja. masalahnya sekarang, otak saya memang tak dapat nak berfungsi bila 'sahabat' (badan) lemah.
harap korang semua faham.
sampai sini dulu.
salam.
p/s: mak, imah minta maaf kalau selama ni imah banyak buat dosa kat mak. tolong doakan imah cepat sembuh. imah betul2 tak larat sangat ni. pening kepala. mak, mak jangan risau sangat pasal imah. setakat ni imah ok. selagi imah tak pengsan, imah ok. insya Allah. mak tak payahlah datang tengok imah. bukannya tak ada siapa2 langsung yang jaga imah kat sini. kak mas, kak irah, na, asma' semua ada tengokkan imah. jangan risau ok? oh ya! terharu baca entry mak semalam. rasa macam lagi nak menangis. mak, i love you and miss you forever! may Allah look after you , daddy and the rest of the family.
sayonara!
2 comments:
Naluri seorang ibu sangat kuat. Dia tau bila saat anak2 memerlukannya dan sanggup berbuat apa saja demi anak2nya...Walaupun adik xizinkan mak datang, mak datang juga kerana mak tau you really need me.
zimah, add my name to be one of ur nanny. dgn izin dr Allah n zimah, i can be a really caring person especially when it comes to my frens around me.
id0p di asrama memg tak terjage kalo kite tidak tahu bagaimana nak mencari penjagaan yg sebenarnye.
Post a Comment