About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Tuesday, 3 March 2009

Sunyi

salam.

sunyi, sunyi, dan sunyi.
sunyi sangat bilik bila kak mas, asma' dengan mirah tak ada. mereka semua telah berangkat ke negeri masing-masing, menemui keluarga tercinta yang sedang menunggu kepulangan mereka. kini dalam bilik, yang tinggal hanya saya, na, yus, jue, kak amoi, kak irah, michi, ros dan syifa. ada satu lagi paper yang perlu kami duduki keesokan harinya. jadi, kami perlu bertahan lagi sehari untuk mengisi lebih banyak lagi kenangan dalam bilik ini, bersama.

sedih rasanya terpaksa berpisah 'sementara' dengan mereka semua. memang benarlah apa yang sering dituturkan oleh ramai orang, "setiap pertemuan ada perpisahan." namun begitu, setiap perpisahan itu akan ada pertemuannya semula. cuma cepat atau lambat sahaja yang menjadi isu.
sebelum bertolak, kami menangkap gambar bersama untuk dibuat kenangan di samping untuk dimasukkan ke dalam blog SATU PERJUANGAN yang comel ini. hehehe... sebanyak-banyaknya gambar kami tangkap bersama. agenda yang seterusnya ialah bacaan puisi oleh sahabat kami, yus, hasil nukilannya sendiri. puisi ini khasnya ditujukan kepada kami semua, terutamanya bagi mereka yang ingin pulang hari ini. amat terharu mendengar luahan isi hati yus yang ditunjukkan melalui puisinya itu. selesai saja 'persembahan' yus (hehehehe...), kami semua bertepuk tangan gembira tapi sebenarnya jauh di sudut hati, berat rasanya melepaskan mereka semua pergi.

lepas tu, masa untuk sesi 'bersalaman' dan 'peluk cium', akhirnya tiba. saat-saat yang paling saya tidak inginkan. terasa berat sangat tangan ni sebenarnya nak bersalaman dengan mereka semua, lebih-lebih lagi dengan kak mas. mula-mula salam, saya masih ok lagi. tapi, beberapa minit selepas itu, entah kenapa hati ni rasa sakit sangat-sangat. rasa macam dihempap satu 'batu kesedihan' yang teramat besar. lagi-lagi semasa bertentang mata dengan kakakku, kak mas (kakak bilik), air mata saya tanpa segan silu terus jatuh ke pipi. saya memang tak mampu lagi menahan kesedihan di hati ketika itu. air mata terus keluar tak henti-henti. "ya Allah, kenapalah aku sedih sangat ni? bukannya tak akan jumpa mereka langsung lepas ni."

kak mas pula, disebabkan dia melihat air mata saya yang semakin menderas, tiba-tiba dia yang sebelum tu tak menangis turut menangis. lama-lama lepas tu, kak irah pulak, dan diikuti pula dengan tangisan asma'. ya Allah! sangat sedih saat itu. tapi, saya rasa puas, sebab dapat tunjukkan air mata saya depan semua kekasih saya dalam bilik itu. menunjukkan betapa besar maknanya mereka semua dalam hati saya. berpisah dengan mereka walaupun hanya sementara, adalah perkara yang amat sukar untuk saya lakukan. tapi, walaubagaimanapun, terpaksa juga saya relakan pemergian mereka. ada insan yang lebih memerlukan mereka di sisi, lebih daripada saya.

insya Allah, semoga Allah sentiasa memberkati insan-insan ini.
segala kenangan sesama kami akan saya potretkan di sini, insya Allah.


*kepada kak mas, asma' dengan mirah, jangan nangis-nangis lagi, ye?! insya Allah kita jumpa lagi. gambar korang semua, nanti zimah masukkan dalam blog ni. semua kenangan kita akan terpampang di dada SATU PERJUANGAN tak lama lagi. mesti touching kalau baca. hehehe... zimah sayang sangat kat korang! uhibbukunna fillah!!!!


take care!

2 comments:

kuehpanda said...

its okay,its time for a new sem with new frens and roomates,enjoy the life with a lot of ppl zimah,we won't be alone,trust me.have a nice holdiay :)

ikrami said...

kuehpanda: thanx a lot haekal. hehehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails