About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Thursday 21 April 2011

Cerpen: Kucupan Terakhir (Episod 1)





Dan sembahlah Allah dan jangan kamu menyekutukan denganNya sesuatupun, dan kepada kedua ibu bapa hendaklah kami berbuat baik, dan yang mempunyai tali kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan tetangga yang menjadi kerabat....(QS An-Nisa’:36)

Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kalian mahu kuberitahu tentang dosa-dosa yang besar?”. Para sahabat menjawab: “Kami mahu, ya Rasulullah SAW”. Rasulullah SAW bersabda: “menyekutukan Allah SWT dan derhaka kepada orang tua”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

***

Siapa kata kehidupan rumah tangga ini seronok dan membahagiakan? Siapa kata berkahwin merupakan sesuatu yang paling indah dalam hidup?
Setelah lima bulan aku menjalani hidup sebagai isteri orang, barulah kusedar bahawa alam rumah tangga ini jauh sekali daripada sangkaanku dulu. Kufikir setelah aku menikah dengan suamiku, hanya kebahagiaan hidup yang akan kukecapi. Namun, semuanya dusta belaka. Aku menjadi semakin kurang mengerti mengapa manusia kini berlumba-lumba untuk menikah awal dengan pasangan kekasih mereka? Apakah mereka tidak tahu akan hakikat rumah tangga yang sebenar? Ah, andai saja mereka tahu pasti mereka bisa merasakan segala perit getir hidup yang kualami saat ini.
Aku dan suamiku menikah ketika kami masih lagi menuntut di universiti. Walaupun pada ketika itu kami berada di akhir tahun pengajian, namun memang tidak dapat dinafikan bahawa usia kami semasa menjalani alam perkahwinan masih terlalu muda. Aku dan suamiku sama umur ketika kami diijab kabulkan. Dia merupakan lelaki pilihan yang Allah hadirkan dalam hidupku bagi membimbingku ke arah yang diredhai-Nya dan aku pula menjadi wanita pilihannya yang siapa sangka ditakdirkan Allah SWT untuk memberikan zuriat keturunannya yang bakal meneruskan perjuangan dakwahnya.
Suamiku merupakan anak lelaki sulung dalam keluarganya dan sekaligus memberiku gelaran kakak ipar sulung juga. Setelah menikah, kami tinggal bersama ibu dan ayah mentuaku di rumah mereka selama setahun. Sementara mengumpul wang untuk memiliki rumah sendiri, kami tinggal bersama mereka, menumpang kasih dan manja sebelum melangkah ke alam rumah tangga yang sebenar.
Pada awalnya, semuanya kelihatan baik sekali. Langsung tiada masalah antara kami sekeluarga. Aku menjalani hidupku bersama suami tercinta dan keluarganya tanpa sebarang musibah. Aku menjadi semakin rapat dengan adik-beradik iparku dan mereka begitu baik denganku. Mereka melayaniku seperti ahli keluarga sendiri. Pernah sekali adik iparku katakan padaku bahawa dia tidak menganggap aku seperti kakak iparnya lagi, malah dia mengganggapku seperti kakaknya sendiri. Aku terharu mendengar luahannya itu. Dan aku bahagia dapat menjadi sebahagian daripada keluarga itu.
Ibu dan ayah mentuaku juga begitu menyayangiku seperti anak mereka sendiri. Memandangkan ibu dan ayahku menetap jauh dari tempat tinggalku, setiap kali aku bersama dengan ibu dan ayah suamiku, aku berasa seperti sedang bersama dengan ibu dan ayahku sendiri. Aku berasa sangat dekat dengan mereka. Akhu bahagia dan bersyukur kerana Allah SWT mengurniakan aku mentua sebaik mereka, yang begitu penyayang dan memahami diriku. Mereka tidak pernah bersungut atau marah jika acap kali aku melakukan kesilapan. Kerana mereka benar-benar menerima aku apa adanya. Aku sering berdoa agar Allah SWT memberkati dan merahmati perkahwinanku dengan suamiku serta melimpahkan kurnia-Nya ke dalam keluarga yang penuh mahabbah ini.
Hari-hari yang berlalu pergi membuatku tidak menyedari bahawa kini aku sudah punya dua orang cahaya mata. Cahaya mata yang menyejukkan hatiku saat aku marah, melegakan hatiku saat aku resah dan menggembirakanku saat ku dirundum sepi. Seorang putera dan seorang puteri, hadiah dari Ilahi, benar-benar merubah hidupku. Hidupku terasa semakin lengkap dengan kehadiran mereka berdua.
Pabila mereka telah kuselamat lahirkan ke dunia ini, aku dan suamiku berkeputusan ingin menjalani kehidupan kami sendiri. Pernah adik iparku bertanyakan hal ini, mengapa kami ingin berpindah sedangkan amat berat bagi mereka semua ingin melepaskan kami pergi.
Aku menjawab, "Sudah terlalu lama kami menumpang kasih dan belas emak dan ayah, adik. Kini, sudah sampai masanya untuk kami berdiri di atas kaki sendiri. Kami sudah tidak mahu menyusah emak dan ayah lagi. Cukuplah dengan segala jasa baik yang mereka telah korbankan untuk kami selama ini. Insya-Allah, kalau ada kelapangan, kami akan sentiasa datang untuk menziarahi keluarga ini. Jangan sedih, ya?" Aku berusaha memujuk adik iparku.
Aku tidak mahu dia merasakan bahawa kepergian kami tanda aku tidak selesa tinggal di rumah itu. Sebaliknya, niat kami cuma satu. Kami tidak mahu menurunkan beban ke atas bahu ibu dan ayah mentuaku lagi. Susah senang hidup, biarlah kami tanggung sendiri. Kami ingin alami keperitan dan kesusahan hidup sebagaimana yang mereka lalui semasa membesarkan anak-anak mereka dahulu. Alhamdulillah, dengan penjelasan yang ringkas itu, adik iparku sudah bisa menerima pendirian kami untuk meninggalkan rumah itu.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun. Keluarga suamiku sudah berkembang besar. Beberapa tahun selepas pernikahan kami, dua orang lagi adik iparku juga mengikut jejak langkah kami, mengamalkan sunnah Nabi SAW. Masing-masing telah menikah dan bina keluarga sendiri, sama sepertiku. Aku bahagia untuk mereka, kerana sudah menemukan pasangan hidup yang dijanjikan Allah SWT.
Namun, ada sesuatu yang mebuat hatiku sedikit terusik. Setelah bertambahnya menantu dalam dalam keluarga suamiku, sikap ibu dan ayah mentuaku terhadapku semakin berubah. Ibu mentuaku, terutamanya, sudah tidak begitu rapat denganku seperti dulu. Tiada lagi ketawa mesra, tiada lagi usikan manja. Jika aku datang berkunjung ke rumah, jarang sekali diajaknya aku berbual dengannya di ruang TV seperti selalunya. Aku menjadi hairan. Mengapa ibu mentuaku berubah sejauh itu. Bila aku perhatikan, dia menjadi semakin mesra dengan abang iparku, suami kepada kakak sulung suamiku, dan adik iparku, isteri kepada adik suamiku. Siapa bisa menafikan perasaan cemburu yang bertandang di hati setiap kali melihat ibu mentuaku bercanda dan bergelak-tawa dengan mereka tanpa sedikit pun merasakan kehadiranku di situ.
Aku hanya memendam rasa. Ingin diberitahu rasa hati pada suami, tidak sampai hati. Aku khuatir kalau-kalau aku akan menyakiti hatinya. Oleh sebab itu, aku terus batalkan saja hasratku ingin memberitahunya.
Setelah kedua-dua orang putera dan pueriku membesar, kehidupanku dengan suamiku menjadi semakin sukar. Hidupku penuh dengan tekanan. Masalah kewangan, pekerjaan, dan tidak dilupakan juga ibu dan ayah mentuaku menambahkan kepeningan di kepalaku. Aku kian terasa bahawa mereka sangat jauh denganku. Jika aku ziarah ke rumah mereka, aku terus masuk ke bilik dan melayan perasaanku. Entahlah. Hatiku jadi tak keruan. Ingin memandang wajah ibu mentuaku juga aku jadi takut. Aku tidak ada keberanian lagi ingin bermesra dengannya. Bukan apa. Bukan aku sengaja ingin menunjukkan kebiadaban aku di depannya, tetapi hatiku bagai tercarik-carik apabila setiap kali kuhulurkan tanganku untuk bersalaman dengannya, hanya seraut wajah masam yang kuterima daripadanya. Berbeza sekali dengan wajah dia ketika bertemu dengan menantu-menantunya yang lain.
Apakah silapku sebenarnya? Aku tahu aku bersalah. Aku bersikap kurang ajar dan tidak menghormati ibu mentuaku, tetapi hatiku tidak dapat menerima tingkahnya yang bermasam muka denganku. Terasa seperti kehadiranku ke rumah itu tidak diinginkannya. Aku berlindung kepada Allah SWT daripada segala prasangkaku terhadap ibu dan ayah mentuaku.
Aku semakin tidak tahan dengan sikap ibu mentuaku. Ada saja yang ingin dilebihkannya menantu-menantunya yang lain itu daripadaku. Tidakkah dia tahu bahawa aku juga punya hati dan perasaan. Aku rasa benar-benar tersinggung bila diriku diasingkan seperti itu. Aku merasakan diriku ini tidak ubah seperti orang asing saja dalam rumah itu. Bagi melepaskan rasa kemarahan di hati, aku meluahkan rasa tidak puas hatiku terhadap ibu mentuaku di blog. Namun, nama ibu mentuaku tetap aku rahsiakan demi menjaga aibnya.
Aku hanya ingin berkongsi rasa hati dengan pembaca blogku saja, kerana jika ingin meluahkannya pada suamiku, tiada yang lain hanya kata-kata marah saja yang akan kuterima. Kerana padanya, aku telah memburuk-burukkan ibunya. Aku mengerti. Anak mana yang tidak marah apabila orang tuanya sendiri diburukkan  oleh orang lain. Tapi, ini berbeza dengan situasiku. Aku bukan memburuk-burukkan ibu mentuaku, aku cuma ingin mencurah rasa sedih yang selama ini aku tanggung seorang diri dan aku perlukan nasihat orang ramai tentang hal ini. Namun, aku tahu tidak akan ada yang memahami niatku melainkan hanya Dia.
Semakin hari hubungan aku dengan ibu mentuaku menjadi semakin hambar. Hinggalah hal ini sampai ke pengetahuan suamiku.
Petang itu, setelah suamiku pulang dari tempat kerjanya, dia menutup pintu dengan keras dan menghenmpaskan begnya di atas sofa. Dia terus mendapatku aku yang sedang menyiapkan makan malam, lalu bertanya kepadaku tentang masalah yang aku hadapi dengan ibu mentuaku.
"Adilah, betulkah emak cakap yang kamu tulis sesuatu yang memburukkan emak dalam blog kamu?" Nada suara suamiku seperti menengking. Selama ini dia tidak pernah meninggikan suaranya seperti itu. Aku tidak tahu angin apa yang telah merasuk suamiku saat itu.
"Mana ada saya tulis apa-apa yang memburukkan emak dalam blog saya," aku cuba berdalih.
"Kamu jangan nak tipu saya! Emak dah ceritakan semuanya pada saya. Dia cakap kamu tulis pasal masalah kamu berdua dalam blog kamu. Kenapa kamu buat macam tu? Kamu tahu tak, emak sakit hati bila membacanya. Fikirlah sedikit perasaan emak!" Dia membentakku lagi.

Aku hilang sabar.
"Habis, macam mana pulak dengan perasaan saya? Abang tak pernah fikir apa yang saya rasa!" Air mataku yang sejak dari tadi tertahan akhirnya melimpah keluar dari mataku yang bengkaknya tidak surut-surut akibat menangis beberapa hari sebelumnya. Tanpa kusedari, nada suaraku juga ikut meninggi.
"Apa maksud kamu?" Suamiku terkejut mendengar suaraku yang meninggi itu.
"Yalah, abang hanya tahu menjaga perasaan emak saja, tapi perasaan saya abang langsung tak pedulikan. Apa, abang ingat saya ni tunggul kayu yang tak berperasaan, yang boleh disakiti oleh sesiapa? Emak pun tak ada hak nak buat saya macam ni! Saya jadi macam ni pun kerana emak abang! Semuanya kerana emak!" Aku tidak menyangka aku akan mengeluarkan kata-kata seperti itu di hadapan suamiku.
Pang! Tanpa kuduga juga, satu tamparan hebat hinggap di pipi kananku.
"Kamu jangan nak kurang ajar! Sedarlah sikit yang dia itu emak aku dan ibu mentua kamu jugak! Kamu tahu tak, sekali hati emak tersakiti, nerakalah yang akan menjadi tempat kamu nanti! Apa kamu mahu jadi anak derhaka?" Suamiku mengancamku. Hatiku bergetar.
"Siapa yang nak jadi anak derhaka, abang? Tidak ada siapa yang mahu jadi anak derhaka. Tapi kalau emak tidak mulakan semuanya dulu, saya tidak akan berkelakuan seperti ini. Abang faham tak perasaan bila diri kita dibanding-bandingkan dengan orang lain? Mata saya, hati saya makin sakit abang tahu tak, setiap kali lihat emak abang melebih-lebihkan menantu-menantu dia yang lain daripada saya. Apakah saya ni sudah tiada tempat lagi di hati emak? Apakah pada emak saya ni menantu yang jahat? Di mana hak saya sebagai menantu? Emak abang memang dah berubah! Kalau dia boleh benci saya, saya pun akan benci dia!"
Pang! Satu lagi tamparan hinggap di pipiku sebelah kiri pula. Kedua-dua pipiku terasa kebas, dan tanpa kusedar, beberapa titik merah mengalir di celah bibir. Tangisku menjadi semakin teresak.
"Aku tak mahu dengar lagi kata-kata kesat yang keluar dari mulut kamu selepas ini. Minggu depan, ikut aku jumpa emak. Kamu harus meminta maaf daripadanya. Ingatlah tanggungjawab kamu pada emak dan ayah. Walaupun mereka tu hanya mentua kamu, tapi taraf mereka sama seperti ibu dan ayah kandungmu sendiri. Redha Allah, murka Allah juga terletak pada redha dan murka emak dan ayah aku terhadap kamu!"
Aku diam seribu bahasa. Setelah dua tamparan aku terima dari tangan suamiku, tiada satu patah kata pun yang bisa keluar dari mulutku. Hanya air mata yang menceritakan segala-galanya. Dalam hati aku dihantui rasa bersalah. Kata-kata yang dilontarkan oleh suamiku kepadaku tadi benar-benar membuat hatiku tersentap. Apakah semua ini salahku, ya Allah?
Pergaduhan antara aku dan suamiku berlarutan hingga maghrib itu. Nasib baik ketika itu anak-anak kami sedang beradu di kamar masing-masing dan aku tidak mengharapkan mereka terjaga akibat terganggu dengan pertengkaran kami.
Malam itu, aku berjaga, mencari ketenangan hati. Air mata yang sejak dari petang tadi merembes keluar tidak henti-henti mengalir. Setelah menunaikan solat sunat tahajjud empat rakaat, taubat dua rakaat dan witr tiga rakaat, hatiku sedikit berasa tenang. Aku hanya memandang sekujur tubuh yang begitu lelah seharian bekerja mencari nafkah keluarga, dengan pandang yang sayu. Tiba-tiba aku rasa kasihan pada suamiku. Aku sangat tidak menyangka bahawa masalah aku dan ibu mentuaku benar-benar menguji kesabarannya. Aku tahu, niatnya ingin mendidikku agar aku menjadi menantu yang solehah kepada kedua orang tuanya tapi aku juga seorang wanita yang tidak layak untuk dikasari. Sedangkan orang tuaku sediri tidak pernah mengangkat tangan mereka ke mukaku, inikan pula suamiku. 
Tapi, pakah benar semuanya berpunca daripadaku? Kata-kata suamiku petang tadi benar-benar terkesan di hati.
"Kamu tahu tak, sekali hati emak tersakiti, nerakalah yang akan menjadi tempat kamu nanti!"
Jantungku berdegup kencang.
"Ingatlah tanggung jawab kamu pada emak dan ayah. Walaupun mereka tu hanya mentua kamu, tapi taraf mereka sama seperti ebu dan ayah kandungmu. Redha Allah, murka Allah juga terletak pada rdha dan murka emak dan ayah aku terhadap kamu!"
Aku menadah tangan ke langit, bermunajat kepada Ilahi. Kumohon petunjuk daripada-Nya akan setiap kesulitan yang kuhadapi dalam hidup ini, termasuklah masalah yang berlaku antara aku dan ibu mentuaku.
Dengan ditemani oleh beberapa titis mutiara putih, aku memulakan doa, "Ya Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui akan setiap perkara hak dan batil. Apakah benar aku yang bersalah dalam hal ini, ya Allah? Apakah benar aku yang telah menyakiti hati emak? Sungguh, aku tidak mahu menjadi menantu derhaka jauh sekali anak derhaka. Aku tidak mahu hidupku dan keluargaku menjadi tidak berkat kerana murkanya Engkau terhadap setiap perlakuanku. Jika benarlah ia silapku, berikanlah aku petunjuk. Tunjukilah aku di mana kesilapan aku yang sebenarnya. Bukakanlah hijab antara aku dan dosa-dosaku yang pernah aku lakukan pada emak dan ayah. Ya Allah, aku juga memohon agar Engkau bisa mengampuniku atas kesilapanku meninggikan suara di hadapan suamiku. Engkau lebih mengetahui betapa mudahnya aku kalah dengan nafsuku sendiri. Ampunkan aku, ya Allah..."
Malam itu aku menangis di pangkuan-Nya, hinggalah mataku terpejam dan akhirnya aku terlena di atas tikar sejadah. Damai.

Bersambung...

5 comments:

Sya Izz said...

:(

nape eh mak mertua dia jd mcm tu?

pstt : akak selalu buat sambungan, suspen aje :P

zimah zaiwani said...

hehehe... akak terpaksa buat sambungan sbb akak xnk tulis panjang2 sgt utk satu cerpen. nnt pening kepala pembaca nk bc panjang2... hehehe....

p/s: jgn sngka buruk dl pd ibu mentuanya. nnt sya izz akn tau kebenarannya. hehehe

Sya Izz said...

huuu, cepat akak cepat.. x saba dh ni ^_^

Zimah Zaiwani said...

sya izz~

hissh, sabar2. nk siap dah ni... tp kn sabarlah ye. sbb lps episod 2 ada episod 3 pulak. hehehe....

Zimah Zaiwani said...

sya izz~ sudah siap episod 2! slmt membaca dik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails