Salam.
Sahabat ialah mereka yang sentiasa bersama kita di kala susah mahupun senang.
Sahabat ialah mereka yang hadir dalam hidup kita, menambahkan cerah cahaya.
Sahabat ialah mereka yang sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabatnya.
Sahabat ialah mereka yang mampu menadah air mata di saat kita kesedihan, dan seseorang yang bisa berkongsi gelak tawa di saat kita sedang mengecapi kebahagiaan.
Sahabat ialah mereka yang membuatkan kita menjadi diri kita yang sebenarnya.
Sahabat ialah mereka yang berani untuk menegur setiap kesilapan kita.
Sahabat ibarat sebuah cermin. Sahabat umpama pantulan diri kita. Dia melihat sesuatu yang bisa kita lihat
dengan panca indera sendiri. Dia melihat setiap kelemahan diri dan bertanggung jawab untuk membantu
kita agar memperbaikinya.
***
Semasa di sekolah dulu, aku juga punya sahabat. Macam orang lain jugak. Mereka ialah orang-orang yang sefikrah denganku, sejalan denganku. Mereka ialah sahabat yang membimbingku untuk lebih dekat dengan Tuhanku. Mereka ialah sahabat seusrahku.
Dulu, di sekolah (semasa di tingkatan 4), kami diminta oleh naqibah kami untuk memberi komen tentang setiap ahli usrah. Kami dibenarkan untuk komen apa sahaja tentang diri masing-masing selagi ia tak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum atau bangsa (he he he). Asalkan komen itu komen yang membina. Tapi bukanlah secara langsung dari mulut ke telinga, tapi dari tangan ke mata. Kami dikehendaki untuk tuliskan komen di atas sehelai kertas (tak kiralah kecik atau besar, janji kertas, bukan kulit binatang ya). Setelah selesai, naqibah menyuruh kami melipat kertas tersebut dan serahkan kepada yang berhak.
Hasilnya, wah, sangat membanggakan! Ha ha ha. Bila kubaca semua komen sahabat-sahabat kepadaku, ternyata ia memberi kesan kepadaku sehingga hari ini. Rupa-rupanya, banyak kelemahan diri yang perlu kuperbaiki lagi. Dan yang tak sangkanya, ada banyak juga hal tentang diriku yang aku tak pernah perasan wujud pun selama ni. Alhamdulillah, mereka semua benar-benar cerminku.
Komen-komen ini membuka ruang kepadaku seluas-luasnya untuk memuhasabah diri sentiasa. Muhasabah itu penting dan sahabat amat diperlukan saat aku ingin memuhasabah diriku. Sebab bagiku, ada perkara yang sahabat jauh lebih mengerti tentang diriku. Sebab itulah kehadiran sahabat amat penting.
Terima kasih kepada sahabat-sahabatku atas komen kalian yang begitu bermakna. Oleh sebab komen-komen andalah aku sudah semakin matang sekarang (he he he). Maksudku, banyak perubahan yang aku perhatikan dalam diriku semuanya disebabkan komen-komen 'menarik' anda. Aku sayang kalian kerana Allah ;)
Nota: Aku sangat merindukan antum. Tak sabar tunggu get together!
6 comments:
wow . simpan lagi ~
mesti! ia sgt bermakna dlm hidup;)
apa maksud kawan awk tulis "kwn" tu ??haha
chabee~
entahlah. sampai sekarang sy msih tertanya-tanya senanya. tp asyik lp je nk tny dia. haha. awk ra2, apa maksud dia tu? ^_^
haha..nanti jumpa dia taya la..dia belaja kat mana sekrg? :P
chabee~
dia blaja kat usim skang. tp lm sgt rsnya x jmp dia. hehehe... apo kabor ntah dia tu. tgh exm dia skang neh. keh3
Post a Comment