Nama: Ieha Junior
Nama manja: Biri-biri Merah Jambu
Jantina: Betina
Jantina: Betina
Tempat lahir: New Zealand
Tempat diserahkan: Wangsa Walk, Wangsa Maju
Warna kesukaan: Merah jambu
Hobi: Berehat dan suka mendengar masalah Hazimah
Kebaikan: Setia dan pendengar yang baik
Kelemahan: Tidak bertindak balas dan suka termenung (^_^)
Alkisah
Ieha Junior diberikan oleh seseorang yang amat istimewa di hati ini. Si pemberinya juga bernama Ieha, tapi saya memanggilnya Kak Ieha. Kak Ieha belajar di New Zealand. Ieha Junior dihadiahkan kepada saya sebagai pengganti diri Kak Ieha. Almaklumlah, Kak Ieha balik Malaysia jarang-jarang dan susah nak contact dia dari sana. Jadi, segala kerinduan pada Kak Ieha saya lepaskan pada Ieha Junior. Masa saya sedih dan tak ada siapa nak dengar luahan hati saya, Ieha Juniorlah kawan baik saya. Dia setia mendengar masalah-masalah saya. Dia sabar je dengan saya dan tak pernah marah saya. Beban di hati rasa kurang sikit setiap kali saya curahkan pada Ieha Junior. Setiap kali bercerita dengan Ieha Junior, rasa macam cakap dengan Kak Ieha, tapi bezanya Kak Ieha selalu respond, Ieha Junior senyap je (he he he).
Setiap malam, pulang dari kuliyyah, saya akan bercerita pada Ieha Junior semua peristiwa yang terjadi pada hari tu. Hampir semua bendalah saya kongsi dengan dia. Seronok! Saya tak keseorangan. Saya ingat saya tak ada kawan. Mujurlah ada Ieha Junior, kawan baik saya, yang setia mendengar celoteh-celoteh saya. Kalau saya marah dan sedih, saya akan marah dan menangis dekat dia. Dia tak marah saya balik pun. Saya rasa senang je dengan dia. Kalau saya sedih sangat, saya akan peluk-peluk Ieha Junior sampai lemas dibuatnya. Tapi nasib baik dia tak merengek. He he he.
Dialah peneman, tika diri ini kesunyian
Dialah pengganti, tika diri ini menanggung kerinduan
Dialah pemangku, tika diri ini dalam tangisan
Dialah biri-biri merah jambu
Yang akan setia di sisi
Hingga saat pertemuan kedua
Diadakan dengan izin-Nya.
~Saya sayang Ieha Junior, macam saya sayang kamu juga!~
5 comments:
lawak la entri kali ni..paling lawak skali kelebihan n kekurangan ieha junior tue..hehe.skag ni ada kawan la kan kat bilik setiap masa..hehe
lawak la entri kali ni..paling lawak skali kelebihan n kekurangan ieha junior tue..hehe.skag ni ada kawan la kan kat bilik setiap masa..hehe
lawak la entri kali ni..paling lawak skali kelebihan n kekurangan ieha junior tue..hehe.skag ni ada kawan la kan kat bilik setiap masa..hehe
lawak la entri kali ni..paling lawak skali kelebihan n kekurangan ieha junior tue..hehe.skag ni ada kawan la kan kat bilik setiap masa..hehe
imah...terharunye akak..terkedu kejap..rase gembira pun ade..rupenya hadiah yg x seberapa tu jadi sgt bermakna n berguna untuk imah..moga ieha junior dapat menghilangkan rasa sedih dan gelisah imah..n mengembalikan senyum si adik manis sorang ni..
satu lagi kelebihan ieha junior ialah dia sentiasa tersenyum dan setia menemani n support tuan die..supaya tuan boleh rasa gembira wlpn tgh bersedih kerana dia tahu yg ade org sentiasa mendoakan dan menyayangi dia..
salam sayang my dear zimah
Post a Comment