salam.
jam tepat menunjukkan pukul 4.09 am. semua warga bilik saya sedang lena dibuai mimpi kecuali saya, kak amoi, kak irah, ros dan atin. masing-masing sibuk dengan aktiviti masing-masing. ada yang sibuk mengulangkaji pelajaran untuk menjawab soalan peperiksaan, ada juga yang sedang fokus bermain game dalam pcnya malah ada juga orang yang sedang sibuk mengupdate blognya. siapa dia? faham-faham jelah... hehehe...
keheningan pagi telah memberikan seribu ketenangan. memandangkan katil saya terletak betul-betul bersebelahan dengan tingkap, jadi saya membuka tingkap sebesar yang mungkin bagi membenarkan udara segar dan oksigen memenuhi ruangan bilik. barulah ada tenaga untuk belajar dan mendapat ketenangan semasa beradu. tidakkah begitu?
keheningan pagi... kebiasaannya, orang-orang beriman akan memulakan pagi mereka seawal jam 3.00 am menyucikan diri dan mengadap Illahi. berjumpa dengan KEKASIH yang satu. kerana masa ini sajalah masa yang benar-benar sesuai untuk berdating dengan-Nya. jauh dari kesibukan orang ramai dan sepi dari kebisingan. alangkah indahnya saat itu. hanya kita dan DIA. berdua sahaja. tanpa sebarang gangguan. berbicara mengenai isi hati dan meluahkan segala masalah yang di alami kepada Sang Pencipta.
keheningan pagi yang nyaman ini, masih belum lagi kedengaran sayup-sayup kicauan burung-burung. nanti sekejap! sepertinya suara kicauan burung itu kedengaran oleh gegendang telinga saya. ah! mungkin perasaan saya saja. mungkin burung pun masih tidur lagi. ibu-ibu burung masih sedang nyenyak tidur di samping anak-anaknya dan dalam masa yang sama melindungi anak-anaknya daripada gangguan musuh. subhanallah... betapa indah sunnatullah ini. siang dan malam silih berganti. siang diciptakan untuk bekerja manakala malam pula telah tiba saatnya untuk beristirehat. muhasabah dan qiammullail menjadi perhiasan malam.
*saya rasa, saya kena tidur sekarang. nanti, insya Allah pukul 5.30 am saya akan bangun semula. nak baca nota poetry.
*saya nak kejut kak mas sebab dia kata dia nak stay up.
*post ini sengaja saya tulis untuk mengisi masa lapang saya sekarang.
*saya tertanya-tanya siapakah anonymous yang rajin lawat blog saya dan bagi komen. hmm...
take care!!!
A blog of thoughts and memories. Thoughts are to be shared. Memories are to be kept. Thoughts and memories, both of them are meant to be treasured. Let's appreciate them.
Make-Up Service
About Me
- Zimah Zaiwani
- i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.
DO WHAT YOU LOVE
"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."
3 comments:
hamboih,dh pandai berjaga malam dh sekarang..kalah budak medik..kui3
hehehe.. biasalah. budak nerd... cheh, perasan giler!
hohoho...jgn tido laen kali
asma xtido gak taw..hehehe
bleh teman...kihkihs
Post a Comment