About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Friday 1 April 2011

Cetusan Hati: Jodoh


Aku terima nikahnya. Alamak, seronoknya! He he he.

Salam.

Alhamdulillah, sudah tamat kertas pertama saya. Bahasa Melayu Kerjaya. Setelah sekian lama meninggalkan alam persekolahan, bahasa Melayu kami semua sudah jadi tunggang langgang. Mana taknya, semua subjek belajar dalam bahasa Inggeris, lebih-lebih lagi saya ni pelajar jurusan Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. Hari-hari kena mengadap buku English. Bukanlah merungut. Mengeluh je (gurau je. he he he). Dari sudut lain seronok sebenarnya belajar bahasa asing ni. Tambahan lagi bila belajar lebih mendalam tentang aspek sesuatu bahasa tu. Tapi bagi saya janganlah sampai bahasa ibunda sendiri pun dah lupa. Tatabahasa dan nilai sasteranya tetap perlu dijaga. Saya sangat cintakan bahasa ibunda saya. Sebab tulah kalau kamu perasan, kebanyakan entri saya ni semuanya ditulis dalam bahasa Melayu. He he he.

(Gambar hiasan)


Semalam, emosi saya agak sedikit terganggu. Bukan sebab tension atau stress mentelaah ilmu, tapi sebab lain. Sebab suatu benda yang kita tak tahu bila ianya akan datang dan bila pulak ianya akan pergi meninggalkan kita. Suatu perkara yang tidak mampu melepasi batas ilmu manusia. Suatu perkara yang rahsianya hanya diketahui oleh Allah yang Maha Esa. Suatu perkara yang menurut kakakku ibarat rama-rama. Semakin dikejar semakin dia menjauhi kita. Namun, jika kita duduk senyap di satu tempat tanpa berbuat apa-apa, ia akan datang menhinggap.

Nak tahu apa benda tu?

Itulah jodoh.
Betul tak apa yang saya cakap?

Bila kita sebut je pasal jodoh, adakah kita akan tahu bila jodoh kita akan sampai? Sekarang? Dua tiga hari lagi? Bulan depan? Lima tahun akan datang? Ada ke waktu yang tepat Allah bagitau kita bila kita akan menemukan pasangan hidup kita di dunia ini? Ok. Kalau kita dah bertemu dengannya, adakah kita akan tahu bila si dia akan pergi? Mungkinkah dia atau kita yang pergi dulu? Atau ada juga kes pasangan mempelai yang baru saja bernikah, beberapa hari lepas tu terus bercerai (atas sebab-sebab tertentu yang mungkin hanya Allah yang tahu).

Segalanya tak mustahil kan kalau itu takdir kita yang sudah tertulis?
Itulah maksud saya dengan jodoh. Jodoh ialah takdir kita yang sudah ditetapkan sejak kita di luh mahfuz lagi. Tapi tidak seperti mati, soal jodoh ni boleh berubah atas ikhtiar manusia (insya-Allah, dipanjangkan umur, saya akan tulis tentang takdir pula).
Saya sering bertemu dengan orang-orang  yang takut kehilangan jodohnya.  Dan malu jugak untuk saya katakan bahawa saya juga tergolong dalam kelompok sebegini (aduh, bocor sudah rahsia). Bagi saya, itu biasa. Sebagai manusia yang lemah, kita memang seringkali dihantui oleh perasaan takut, ragu-ragu, rendah diri, tak yakin dengan apa saja yang Allah sudah tentukan untuk kita. Sebab apa? Mungkin sebab kita sendiri tak pernah bersyukur dengan apa yang Allah dah beri. Tapi sebab utamanya ialah akal kita tak mampu memproses perkara-perkara ghaib; perkara-perkara di luar kemampuan akal kita yang Allah dah anugerahkan ni. Tapi, percayalalah. Semua yang Allah berikan, timpakan dan jadikan untuk kita semuanya ada hikmah masing-masing, sama ada sedar ataupun tak.

Begitu juga dengan perihal jodoh. Walaupun kita tak tahu siapa jodoh kita dan rasa tak yakin yang si dia ialah jodoh kita, ada cara yang Nabi s.a.w. dah ajar pada kita untuk minta petunjuk Allah. Semua perkara yang kita buat kat dunia ni, semuanya mesti berbalik kepada Allah. Allah, menerusi wahyunya, al-Quran dan al-Sunnah ialah tempat rujukan utama kita. Doa pula merupakan satu-satunya alat untuk kita berkomunikasi dan berinteraksi dengan Allah. Kalau kita bimbang dan sedih memikirkan soal jodoh, segeralah mengadu pada Allah kerana Dia lebih Mengetahui apa yang tidak diketahui manusia lain. Boleh kalau nak luahkan kat orang lain. Saya sendiri pernah buat. Tapi, saya selalu kecewa kerana jawapan yang diberikan pada saya tidak pernah menepati apa yang saya inginkan. Tapi, kalau kita mengadu pada Allah, insya-Allah kita tak akan sesekali dikecewakan. Ingatlah, tak macam manusia-manusia lain, Allah sentiasa online 24 jam setiap hari untuk kita. Cuma kita saja yang sering invisible dari-Nya. Lepas ni kalau nak cari tempat mengadu, segera berwudhu' dan buzzlah Allah dengan solat-solat sunat di malam hari (qiammullail). Insya-Allah, Allah akan segera buzz kita balik dan respond offline messages kita sebelum tu :)

Terakhir dari saya,  kalau hati kita sudah yakin dengan seseorang, kita yakin dia ialah jodoh yang dicari selama ni dan dalam masa yang sama kita tak putus berdoa mohon petunjuk Allah, maka yakinlah dengan apa yang kita rasa. Sebab orang kata kalau nak tahu sama ada si adia tu jodoh kita atau pun tak, hati kita akan tenang dan bahagia je dengan dia walaupun kita dengan dia jarang bertemu atau bersembang (atau tak pernah bertemu dan bersembang langsung). Dan kita tak pernah takut kehilangan dia dan yakin sekali bahawa dia arjuna atau puteri kayangan yang ditunggu-tunggu selama ni. Bagi saya, itu mungkin salah satu bentuk hidayah dari Allah yang Dia turunkan ke dalam hati kita. Jadi, yakinlah. Janganlah kita menduga si dia dengan dugaan-dugaan yang bisa menggoreskan hatinya. Jangn diuji kesetiaannya. Sebab belum tentu dengan perlakuan kita tu kita dapat beri kita klu yang tepat tentang takdir kita dan dia.

Semuanya kembalikan pada Allah. Usah bimbang, usah gusar dan usah sedih. Serahkan saja segalanya kepada Dia untuk menentukan sebab Dialah yang mencorakkan takdir bagi setiap hamba-Nya. Berusaha, berdoa dan tawakkal jangan sesekali kita tinggalkan. Berusaha jadi hamba yang baik, insya-Allah yang terbaiklah yang Allah akan bagi pada kita.

Sedikit cetusan hati pada hari Jumaat yang begitu menenangkan.
Wallahua'lam.

Nota 1: Sebenarnya entri ini saya tulis untuk merespond kata-kata seseorang. Kalau ditakdirkan Allah menggerakkan hatinya untuk jumpa blog saya dan baca entri ini, saya harap sangat-sangat agar dia faham tentang hakikat jodoh :)

Nota 2: Walaupun kita mengasihi seseorang yang bukan mahram kita, belum tentu si dia itu ialah jodoh yang telah ditakdirkan Allah untuk kita. Namun, kita masih mampu berusaha. Bagaimana? Berisitiqamahlah dalam usaha untuk menjadi hamba yang baik kepada-Nya.

Nota 3: Saya mendoakan agar semua sahabat yang saya kasihi segera dipertemukan dengan lelaki atau wanita yang soleh dan solehah sebagai jodoh mereka, bukan sahaja di dunia ini, tapi berkekalan hingga ke syurga. Saya amat merindui sahabat-sahabat saya :)

Nota 4: Jodoh pertemuan di tangan Allah. Semarakkan rasa cinta dan kasih pada Allah dulu, kemudian Allah akan pertemukan kita dengan si dia yang juga melimpahkan sepenuh rasa cinta dan kasihnya pada Allah :)

Nota 5: Selamat menjadi pengantin baru buat seorang kakak yang baru saya kenali, Kak Nur Farhana binti Zulkafli! Semoga berada dalam rahmat Allah selalu :)

4 comments:

cikpah said...

my dear imah,
bila akak baca blog awak, tetiba terasa kita sedang mengalami perasaan dan perkara yang sama..dan disaat akak membaca blog awak ni, air mata tertitis dek kerna peringatan yang kamu berikan betapa besarnya cintaNYA yang perlu kita agungkan..terasa mahu sembang ngan kamu pasal ni..tapi akak tahu awak busy sekarang..bile awak da settle down ngan exam smua..kta chat lame2 ye..rindu yang amat
~kekasih kamu ~

cikpah said...
This comment has been removed by the author.
Zimah Zaiwani said...

insya-Allah sekadar berkongsi rasa akak. insya-Allah, kalau ada kelapangan, kita pasti diizinkan-Nya utk bersembang lagi ya. dun worry dear. pasti ada ms utk kte mengadu kasih antara satu sama lain. tp dlm ms yg sm, mengadulah jgk kpd Allah ya kak. sbb Allah sebaik-baik pendengar:)

hana said...

waahhh~ terjawab sudah persoalan dlm diri ana selama ni. Thx zimah..^_^ insyaAllah jodoh itu xkemana selagi kita ttp dgnNya~ aidai di syurga sekali pun..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails