~Bismillah~
Emak: Dulu masa mak tengah dalam pantang, mak suka makan halia muda (sambil masak sayur bayam).
Aku: Halia??? Mak makan?
Emak: Yalah. Makan macam biasa. Buat ulam.
Aku: Heeee... yekk! Imah halia yang biasa tu nak telan pun susah. Tak suka halia!
Emak: Haaa... tulah kamu orang... dulu doklah tanya mak apa rahsia mak awet muda. Haa... nilah dia.
Ok. Info terbaru tentang awet muda. Makan halia muda ya. Kemudian, emak sambung lagi~
Emak: Orang tengah dalam pantang ni, kena makan cepat. Tak boleh berlapar. Lambat sikit makan nanti perut masuk angin. Tak sihat nanti.
Aku: (teringat kakak dekat dalam bilik bersama bayinya) Ea, mak?
Emak: Yalah!
Tabahnya tengok mak masak makanan setiap masa dan setiap hari untuk kakak yang tengah dalam pantang sekarang. Bukan setakat untuk kakak yang tengah dalam pantang, even untuk kami yang 'ala-ala tengah dalam pantang' ni pun mak tolong masakkan setiap hari. Sampaikan mak merungut dekat aku~
Emak: Dik, belajarlah masak!
Aku: Mak, Imah ni boleh je masak. Bukan tak pandai langsung. Tapi Imah malas. You know I hate cooking. He he.
Emak: Habis tu, nak tunggu mak sakit tenat baru nak masak?
Aku: (gelak kecil)
Murninya hatimu, oh ibu. Tak sanggup tengok anak berlapar walau seketika. Moga Allah memberkati hidupmu .
Engkaulah permata hati
Mendidik mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci
Sungguh murni hati ibu
Menempuh onak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu
Mendidik mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci
Sungguh murni hati ibu
Menempuh onak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu
(Far East-"Kasih Ibu")
IMAH SAYANG MAK SAMPAI BILA-BILA
:')
No comments:
Post a Comment