~Bismillah~
Semalam, makan malam dengan En dan Kak Yusfa. Sekali-sekala dapat lepak bersama, memang seronok. Seronok sangat bila hidup berteman ni. Taklah rasa sunyi. Sekurang-kurangnya, bila ada teman untuk berbicara, dapatlah kurangkan sikit rasa sunyi di hati. Destinasi makan malam, di Kafe Asma'. Jamu ais krim dulu sebelum makan makanan berat. En belanja! Baiknya hati En! Semoga Allah memberkati setiap kebaikannya. Zmah rasa seronok sangat berada di samping orang-orang yang Zmah sayang dan juga menyayangi Zmah. Zmah rasa tenang. Zmah menjadi diri Zmah sendiri setiap kali bersama dengan mereka. Sebab mereka semua ni adalah orang-orang yang sangat memahami Zmah dan menerima Zmah apa adanya. Mereka menerima Zmah dalam hidup mereka sebagai Wan Hazimah yang sebenar. Tiada kepura-puraan. Tiada penyamaran. Zmah bersyukur sebab Allah pertemukan Zmah dengan orang-orang baik ni. Dalam banyak-banyak sahabat, En dan Kak Yusfalah yang paling rapat dengan Zmah. Bak kata Kak Yusfa, "Kita ni, ibarat tiga serangkai kan? Macam akak dengan adik beradik akak. Bila salah seorang tak ada, kitorang rasa macam ada yang tak kena. Macam ada something yang kurang." Macam tu jugaklah yang kami rasa bila salah seorang daripada kami tiada bersama. Adakah ini keterikatan hati yang dilandaskan cinta kepada-Nya? Mungkin. Tiada keraguan lagi. Memang sah hati ni dah terkena panahan cinta lagi. Cinta apa? Cinta persahabatan! Alangkah indahnya perasaan ini. Di mana ada En, di situ juga ada Kak Yusfa. Di mana ada Kak Yusfa, di situ juga ada Zmah. Di mana ada Zmah, di situ ada En. Kami ni dah jadi macam satu jasad yang lengkap. Tiada satu anggota, jasad ni terasa lemah tak berdaya. Tak ada kekuatan. Tapi sudah tentulah ada masanya kami perlu bersendirian. Namun, hati kami tetap saling mengingati.
Berbalik kepada cerita asal, lepas saja makan malam bertiga di Kafe Asma', En terus pulang ke rumah. Zmah mengajak Kak Yusfa pergi Kiosk Asma' kejap. Keluar je dari Kiosk, terduduk dan terlepaklah balik di pondok luar Kiosk. Tak sangka perbualan kami berlarutan sampai jam 12 tengah malam! Dahsyat tak dahsyat! Bila dah bersama, memang susah sangat nak melepaskan. Itulah indahnya perhubungan dalam Islam. Sambil-sambil sembang dengan Kak yusfa, sebelum Zmah mula curhat tentang apa yang jadi pada diri Zmah baru-baru ni, Kak Yusfa bersuara, "Kita ni memang ada masanya perlu berteman jugak kan?" Zmah pelik. "Maksud akak?" "Cuba tengok sisters tu. Diorang pun perlu berdua juga. Maksudnya manusia ni tak boleh sorang-sorang. Ada masanya kita perlukan juga teman untuk kita meluahkan perasaan dan masalah." Dalam hati Zmah sangat setuju dengan Kak Yusfa. Zmah adalah salah satu contoh manusia yang sangat-sangat tak boleh bersendirian. Zmah perlukan teman untuk berkongsi rasa dan pendapat. Kalau memang dah tak ada sangat teman manusia yang nak mendengar, makhluk-makhluk Allah yang lain yang akan menjadi mangsa Zmah. Tapi jika difikirkan kembali, siapa yang sepatutnya menjadi pendengar nombor satu setiap permasalahan kita? Allah bukan? Jadi, satu benda yang Zmah belajar, sebelum curhat pada orang lain, curhat pada Allah dulu sebab Allah adalah penyebab kepada semua yang terjadi pada diri kita. Manusia lain tiada hak untuk tahu dulu sebelum Allah mendapat hak-Nya. Tapi nak kata kat sini, bagi Zmah, berdua itu lebih baik. Tapi kalau dapat bertiga, berempat, berlima atau selebihnya, itu lebih baik lagi. Makin ramai teman, makin kurang beban kesedihan yang ditanggung. Kepada mereka yang suka hidup bersendiri, carilah teman walaupun seorang, sebab berdua itu lebih baik dari berseorangan.
Berdua denganmu... pasti lebih baik... (Acha Septriasa)
"Bila kita nak bersahabat dengan orang, janganlah kerana kelebihannya tapi kita bersahabat dengan orang biarlah kerana kelemahannya. Kenapa? Sebab, kalau kita bersahabat dengan orang kerana kelebihannya, boleh jadi bila kita nampak satu kekurangannya, kita akan mejauhinya."
~Kak Yusfanadia
"Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinya."
~Kata-kata Hikmah
;)
No comments:
Post a Comment