Salahkah menjadi manusia yang mementingkan soal hati dan perasaan?
Aku tak boleh bayangkan hidupku tanpa cinta.
Tanpa cinta, aku sesat. Tanpa cinta, aku teraba-rabakan kebenaran.
Aku berfikir, tanpa cinta, bagaimana aku bisa menyentuh hati manusia lain
agar mencintai Sang Pencipta cinta?
Pernah engkau terfikir itu?
Engkau katakan bahawa hidupmu adalah demi kerja dan da'wah.
Ya, memang benar. Kita hidup untuk Islam, da'wah dan tarbiyah.
Namun, kalau kerja dan da'wahmu itu tidak diiringi dengan kasih sayang manusia lain,
tidakkah engkau terasa kosong?
Tidakkah engkau terasa ada sesuatu yang kurang dalam hidupmu?
Engkau pasti akan merasakannya suatu hari nanti.
Pasti!
Iaitu pada saat Allah hadirkan seseorang yang berkarakter sama sepertimu,
sebagai pendamping. Peneman hidup.
Pada masa itu, engkau akan melihat pantulan dirimu daripadanya
dan engkau lihatlah sendiri bagaimana hidup yang diisi tanpa
cinta dan perasaan kasih dan sayang.
Maaf jika kukatakan bahawa
orang sepertimu tidak pandai mentafsirkan apa itu cinta dan kasih sayang,
kerana engkau sendiri yang menutup hatimu
daripada mengenali apa itu cinta dan kasih sayang.
Benar katamu. Dunia kita berbeza.
Engkau hidup dalam dunia kerja, kerja dan kerja!
Tapi aku...
hidup aku penuh dengan cinta dan kasih sayang.
Hidupku tidak bererti tanpa cinta kerana...
Dunia cinta adalah dunia aku. Bukan duniamu.
Kita sememangnya berbeza.
No comments:
Post a Comment