About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Monday, 11 March 2013

Menangislah. Usah malu.


~Bismillah~

Tangisan. Ianya terhasil apabila jauh di lubuk hati yang paling dalam tersakiti. Tangisan adalah sesuatu yang bukan dibuat-buat. Ia tidak boleh dipaksa keluar. Hanya orang yang benar-benar terluka hatinya yang dapat menghasilkan tangisan semula jadi. Dalam tangisan tiada paksaan. Orang yang hatinya kebal, sukar menangis. Orang yang hatinya keras ibarat batu amat sukar sekali mengalirkan air mata walau setitis. Bukan kerana dia tidak menginginkan tapi kerana hatinya kuat mengharungi setiap pahit getir ujian kehidupan. Apa pun cabaran yang mendatang tidak pernah menghalang dia daripada terus berjuang. Tapi tidak pula orang yang mudah menangis itu hatinya tidak kuat. Cara dia menangani masalah yang dihadapi sudah tentu jauh sekali bezanya dengan orang yang sukar menangis. Menangis bukan tanda dia mempamerkan kelemahan diri tapi baginya, air matalah kekuatannya. Baginya, air mata jualah penawar yang paling mujarab mengubati luka hatinya yang kian berdarah dan membengkak. Jika dia tidak menangis, hatinya akan lebih membengkak dan kemungkinan akan terus bernanah! Bagi orang sebegini, ia sangat bahaya! Jadi, dia perlu menangis bagi mengurangkan sedikit duka di hati. Jika tidak, ia akan terus menderita dan merana menanggung beban kesakitan yang kian menghimpit hatinya.


Pada sesetengah mata masyarakat, orang yang menangis tampak manja dan mengada-ngada. Tapi sebenarnya tidak! Kadangkala orang yang kerap menangis ini lebih tabah berbanding dengan orang yang kurang tangisannya dan menangis juga ada kelebihannya yang tersendiri. Tak percaya? Kajian saintifik membuktikan air mata adalah satu satu ciptaan Tuhan yang boleh merembes keluar setiap kuman yang berada dalam jasad manusia. Air kencing saja tak cukup untuk menghalau pergi kuman dari badan kita. Oleh itu, air mata turut diciptakan bagi membantu manusia untuk mengekalkan badan yang sihat. Tapi, menangis yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jika terlalu kerap menangis, mata bisa menjadi buta. Nanti langsung tidak boleh melihat kebesaran ciptaan Tuhan lagi. Kan rugi macam tu. Sebaik-baiknya, bersederhanalah dalam menangis. Bermaksud, menangislah pada perkara-perkara yang perlu ditangiskan sahaja. Janganlah menangis pada perkara yang sia-sia atau tiada ertinya. Air mata yang Tuhan jadikan ini tinggi nilainya. Kalau dibazirkan pada hal-hal yang tidak sepatutnya ditakuti kita akan ketandusan air mata untuk menangisi setiap dosa kita pada Tuhan. Tapi jika hati sudah tidak mampu lagi untuk bertahan atau menanggung kesakitan, maka menangislah. Itulah yang sebaik-baiknya. Keluarkanlah segala yang terbuku di hati. Usah dipendam. Usah biarkan ia bersarang lama-lama dalam hati itu takut ia menjadi parut yang tidakkan bisa dibuang selama-lamanya.


Aku gemar menangis. Air mata, teman sejatiku selamanya.

:')

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails