About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Saturday, 23 March 2013

Oh ibu...

~Bismillah~


Semalam (Jumaat=22 Mac 2012), jam 8 pm:

Lepas habis usrah dan selesai solat maghrib berimamkan mutarabbi saya~

Mutarabbi 1:(sambil usap-usap belakang) Rehat-rehatlah Kak Zmah... teruk sangat dah batuk akak ni...
Mutarabbi 2: Ha'ah. Tadi dengar Kak Zmah batuk-batuk macam Kak Zmah tak larat sangat kan.
Saya: Sebenarnya kan, tadi masa solat maghrib rakaat kedua, akak rasa macam nak pengsan. Tak larat sangat berdiri lama-lama. Tiba-tiba je pandangan akak jadi gelap. Tapi akak cuba tahan. Akak gerak-gerakkan jari-jari kaki.

Melangkahkan kaki keluar dari perkarangan masjid UIA, telefon bimbit berbunyi~

Saya: Assalamualaikum. Ya mak...
Emak: Waalaikum salam. Adik dekat mana tu? Tengah program ke?
Saya: Taklah. Bru lepas solat. Kejap lagi nak balik bilik. Patutnya memang ada ta'lim malam ni, tapi tak laratlah mak nak pergi. Imah terus balik kot.
Emak: Adik dah makan?
Saya: Hmm... belum lagi...
Emak: Kejap lagi mak datang. Kita makan sama-sama. Tunggu mak kat tangga besar tau.

Letak telefon. Pandang muka mutarabbi~

Mutarabbi 1: Haaa... tengok. Itulah naluri hati seorang ibu. Dia boleh rasa bila saat-saat anak dia perlukan dia. Dia dapat dengar hati anak dia panggil-panggil nama dia. Terus mak akak datang nak bawak akak pergi makan. (senyum)
Mutarabbi 2: Waa... bestnya. Kak Zmah dapat jumpa mak...
Saya: Heee... betullah. Subhanallah... macam tu rupanya seorang ibu ya.
(kami semua senyum. hati tak henti-henti rasa terharu)

Emak sampai di tangga besar. Cepat-cepat masuk ke dalam perut Pesona elegen emak~

Emak: Demam-demam, tengah tak larat macam tu adik nak balik bilik sorang-sorang? Mau pengsan tengah jalan nanti macam mana?
Saya: (dalam hati, "eh, mak ni. datang dari rumah, semata-mata nak hantar imah balik bilik naik kereta je ke?") Eh, mak ni. Macam tahu-tahu je Imah nak pengsan tadi. Tapi masa tengah solat mak. Masa jalan tadi, Imah okay lagi. (senyum)

Dalam hati, "Mak macam tahu-tahu je Imah tengah keseorangan dan kesepian sangat sejak Imah sakit ni." Sekali lagi, nak quote kata-kata mutarabbi saya, "Itulah naluri hati seorang ibu." T_T

Inilah dia pengorbanan seorang ibu. Ibu ni, pengorbanan dia pada anak-anak tak pernah terhenti sejak hari pertama dia lahirkan kita ke dunia lagi. Walaupun saat kita dah dewasa, selagi dia mampu, dia sanggup buat apa saja demi kesenangan dan keselamatan anak-anak dia. Biarpun anak-anak dia buatlah apa saja yang menyakitkan atau melukakan hati dia, dia tetap menyayangi mereka sebab bagi seorang ibu, anak-anak adalah nyawanya. Sifat Maha Pengampun itu hanya ada pada Allah, Tuhan yang Maha Esa, tapi sifat pemaaf merupakan salah satu sifat agung seorang ibu juga.


Saya sayang ibu saya...

(menangis) 

Nota 1: Terima kasih mak sebab selalu ada untuk Imah. Semoga Allah memberkati hidup mak :')

Nota 2: Selamat menjadi ibu kepada Sang Khalifah kecil buat pertama kalinya, kepada kakak saya, Arash Halim. Semoga Allah meredhai :)

Nota 3: Saya berdoa agar Allah beri juga peluang kepada saya untuk menjadi seorang ibu kepada 'anak-anak saya' kelak. Aamiin.

Nota 4: Terima kasih kepada mutarabbi-mutarabbi saya, yang telah mengingatkan dan menyedarkan saya kembali tentang jasa seorang ibu dan terima kasih jugak sebab prihatin dengan keadaan kesihatan saya baru-baru ni. Alhamdulillah... atas doa-doa kalian, saya sudah semakin sembuh. Saya sayang mutarabbi-mutarabbi saya :*

(senyum)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails