Bagi aku, kisah setiap seorang remaja yang dibawakan dalam filem Kami ni sangat menarik. Filem ini sendiri sangat menarik kerana ia mengandungi keunikan sasteranya yang tersendiri. Cerita ini sangat dekat dengan jiwa aku. Jiwa remaja yang pernah memberontak suatu ketika dahulu. Tapi, aku sangat terasa yang watak Lynn tu adalah aku. Cuma, aku kurang misteri sikit daripada dia. Tapi satu-satunya persamaan kami, kami suka menulis, sama ada puisi atau diari entri. Suka menulis tentang apa yang kami alami atau rasai sendiri dan juga apa yang berlaku di sekeliling kami. Dan yang paling penting tentang kami berdua ialah...
kami suka juga mengkritik tanpa batasan. Bahasa lembutnya, bersifat telus dalam berkata-kata.
Bukankah telus itu perlu?
kami suka juga mengkritik tanpa batasan. Bahasa lembutnya, bersifat telus dalam berkata-kata.
Bukankah telus itu perlu?
Apapun, cerita KAMI, adalah yang terbaek! ;)
No comments:
Post a Comment